
MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat Allah
Sahabat
Ukhwah
Sahabat Iqra'
Islam Inside
Knowledge Seeker
FollowersFacebook BadgeLabels
|

| Damba Keampunan-Mu | 1:21 PM |
|
Comments (0)
Filed under:
Muhasabah Diri
|
|
'Kenapa ada hitam apabila putih menyenangkan?'
Jangan ditanya kenapa dan mengapa. Jangan persoalkan apa yang telah Allah ciptakan dan wujudkan. Jangan pernah mengungkit apa yang telah diberi dan diterima.
“Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).” Surah Al-An’aam: 2
Segala langkah perjalanan dan perpisahan pada pertemuan yang ada telah ditetapkan dan ditentukan Allah. Takdir-Nya mengatasi segala.
Tadbir kita pada usaha dan langkah mujahadah yang dilakukan tetap bergantung kepada keredhaan Allah dan berbalik kepada keizinan-Nya jua. Panjatkan doa memohon keberkatan dan maghfirah Allah, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
“Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkan pelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika dosa memenuhkan ruang kehidupannya dengan dosa, keimanan akan menurun, memberi kesan kepada seluruh amalan. Solat menjadi tidak khusyu' dan berat, demikian amalan kebaikan dirasa membosankan dan teramat menjemukan. Perasaan kesal dan rasa bersalah atas pelakuan dosa pula akan semakin pudar, hasilnya, keimanan di dalam hati menjadi semakin malap tanpa sinar.” Ustaz Hj Zaharuddin bin Hj Abd. Rahman.
Pulanglah kepada Allah. Pintu taubat sentiasa terbuka bagi hamba yang sedar dan menyesali akan dosa-dosanya. Tuhan tidak lupakan kita. Buktinya, segala nikmat yang kita ada sekarang adalah rahmat daripada kasih sayang-Nya.
Bukankah kita masih bernafas manakala Malaikat Maut saban waktu mengintai kita?
Bukankah kita masih mampu melihat apa yang terbentang luas di bumi Allah?
Bukankah kita masih mampu mendengar kalimah mengagungkan Allah pada seruan lima waktu itu?

Bersabarlah menghadapi apa jua, sama ada yang telah terjadi atau yang bakal dihadapi. Hakikat kebaikan yang ada di sebalik keburukan itu sendiri adalah suatu hikmah bagi mendidik diri dalam pentarbiyahan hati mencari cahaya Ilahi.
“...Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi." Katakanlah: "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya...” Surah Al-An’aam: 12
Ya Allah, kami dambakan keampunan dan kerinduan kepada-Mu. Ampunkanlah segala dosa-dosa, keterlanjuran dan kelekaan serta kealpaan kami. Amin...
| Bahagia dan Membahagiakan | 8:04 PM |
|
Filed under:
Me Myself,
Muhasabah Diri
|
|
Bagaimana membina hati yang bahagia? Tenangnya datang dengan damai dan tenteram. Tanpa sukar dan susah.
Ironinya, menjadikan diri bahagia juga bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang dalam musibah itu, bahagia tetap kita rasakan.
Bagaimana? Pelikkah? Janggal barangkali untuk mereka yang ditimpa musibah merasa bahagia. Ya, bagaimana pula kita rasa bahagia andai orang yang kita sayang mendapat musibah, ditimpa kecelakaan dan dirundung kesedihan.
Namun, bukanlah itu maksud sebenar kata-kata ini. Kita bahagia, kerana dapat berkongsi rasa dan perasaan dengannya. Menjadi pendengar yang setia, memberi semangat dalam kekuatan kata-kata nasihat.
Benar kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Gunakan moto Ustaz Hasrizal, ‘Erti Hidup dalam Memberi’ dalam menjadi seorang insan yang bahagia dan membahagiakan. Kita memberi dengan senyuman, nasihat bahkan kritikan kerana itu juga tanda kita sayang dan kasih, enggan orang yang kita kenal hati dan budinya terjebak dalam perkara yang tidak diingini.
Selain itu, kita juga dapat memberi dengan mendengar setiap luahan hati dan perasaannya. Lend a shoulder to cry if that person need too, to release her/his feeling.

Ada satu mesej yang pernah saya terima, menjadikan saya sentiasa berjaga-jaga dalam tingkah-laku dan adab.
‘...Semoga terus menjadi anak yang menyenangkan hati mak dan abah...’ Amin.. insyaAllah...
“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian daripada Allah juga.”
Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya ini harus dijadikan peringatan agar kita sentiasa berlapang dada dalam memberi dan menerima nasihat serta kritikan.
“Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
Mari! Kita bina diri menjadi insan yang bahagia dan membahagiakan.
| Guru dan Pendidik | 12:21 AM |
|
Filed under:
Tazkirah Diri
|
|
Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri supaya menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:
“Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” Surah At-Taubah: 122
Berdasarkan ayat ini, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menuntut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:
- Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya sekadar belajar.
- Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Berbeza dengan tugas seorang guru, ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan Ilmu Pengetahuan".
Beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi. Lima perkara itu adalah seperti berikut :
- Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
- Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
- Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
- Ada perasaan tawadhu' (rendah diri) terhadap orang lain.
- Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.
Baginda Rasulullah ada bertanya kepada Malaikat Jibril, “Siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?” Jibril menjawab. “Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik).”
~ Guru, dalam ajarnya ada harapan. Dalam tegurnya ada doa. Dalam marahnya ada sayang. Dalam tawa ada mesranya. Dalam diam ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru... ~
[From Islam ad-Din's folder]
| Pandangan, Persepsi atau Andaian? | 9:20 PM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
"Dunia, ada yang senang, ada yang susah. Kalau semua orang nak jadi bos, tak ada pula yang akan buat kerja-kerja bawahan."
"Sedih rasanya tatkala melihat pak cik tu. Anak-anak dia tak tolong ke?"
"Tolong barangkali. Bersangka baiklah. Mungkin dia suka bekerja, jenis orang yang tak boleh duduk diam."
"Emm, mungkin."
Dua pandangan. Dua persepsi. Dua andaian.
Pendapat kita banyak bergantung kepada sikap, sifat serta didikan yang kita terima sama ada secara formal ataupun tidak formal. Kebergantungan ini mempengaruhi minda kita untuk menjadi kritis dan kreatif.

Soroti kisah setiap pelajar, anak murid yang dididik. Pasti kita temui seribu satu kisah di sebalik kenakalan mereka. Ada yang berpakaian kemas, ada yang kelihatan selekeh. Ada yang sentiasa menjadi bahan usikan rakan-rakan dan ada yang mendapat pujian guru sehingga menimbulkan rasa iri hati di kalangan pelajar.
Motivasi yang diberi melalui peneguhan nilai-nilai murni itu sekadar ingin dijadikan satu batu loncatan agar pelajar-pelajar sedar bahawa laluan hidup yang mereka lalui hari ini cuma sedikit. Jauh lagi perjalanan mereka, penuh liku dan ranjau lantaran kehidupan di dunia ini hanyalah persinggahan sementara sahaja.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." Surah Al-‘Ankabuut: 64
Untuk mendapat hasil yang baik, permulaan yang baik juga perlu dimulai di awalnya. Sekiranya malas berusaha sedari awal, lihatlah kesannya di akhir kelak. Bukan mudah untuk menjadi senang, namun bukan juga sukar untuk menjadi susah. Pilihan berada di tangan sendiri.
'Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang.' Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Murabbi Cinta.
Sayang sebenarnya kepada pelajar-pelajar. Potensi yang ada pada diri mereka perlu digilap kerana mereka masih mencari rentak untuk membina kehidupan mereka. Sifat malas yang ada membantutkan perkembangan mereka sendiri lantaran mereka tidak nampak kesan dan bahana sifat malas berusaha dalam kehidupan mereka.

Semoga ‘pak cik’ di awal cerita ini adalah mereka yang tergolong dalam mereka yang rajin berusaha, mencari sesuap nasi demi mengisi perut anak dan isteri tercinta. Jangan pula ‘pak cik’ itu dalam kalangan ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak lantaran kesan dosa silam, mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga kerana what you give, you get back!
| Berjuanglah! | 11:21 AM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
Rasa ini berat sekali,
Bagaimana untuk diri ini terus berjuang,
Bukan patah semangat,
Bukan juga buntu akal,
Tetapi jauh di relung hati,
Terasa kalah dalam pencarian langkah dan rentak.
Murobbi,
Gelaran yang agung buat seorang muallim,
Muaddib,
Bukan sedikit tanggungjawab yang diamanahkan,
Pentarbiyahan diri berlaku,
Namun sering juga diri yang fakir,
Kalah dalam istiqamah pada jalan-Nya.
Ya Rahman Ya Rahim,
Ya ‘Arif Ya Mutakabbir,
Bekalkanlah kami dengan kekuatan,
Agar mampu kami berjuang,
Dan terus bertahan,
Di medan ilmu bernama pendidikan.
| Penghujung Yang Dicari... | 12:28 PM |
|
Filed under:
Muhasabah Diri
|
|
Hati meronta-ronta, mencari. Kelu lidah, tidak terungkap dengan kata-kata perasaan yang mencengkam hati nurani. Sakit, betapa jauhnya rasa ini dengan rasa yang pernah hadir dahulu. Jauh sekali, namun muhasabah dan mujahadah perlu dilakukan. Wajib!
Ibn Qayyim menyebutkan, “Apabila jiwa itu mula tenteram daripada syak kepada yakin, daripada jahil kepada ilmu, daripada lalai kepada ingat, daripada khianat kepada taubat, daripada sia-sia kepada ikhlas, daripada dusta kepada benar, daripada lemah kepada cergas, daripada angkuh kepada merendah diri, daripada bongkak kepada tawaduk, daripada malas kepada bertenaga, maka ketika itulah ia telah mencapai roh tomakninah.”

Diceritakan bahawa Rasulullah S.A.W mendatangi seorang pemuda yang hendak meninggal. Baginda bertanya, ‘Bagaimanakah keadaan engkau sekarang?’
Pemuda itu menjawab, ‘Wahai Rasulullah, aku berharap kepada Allah S.W.T dan aku takut akan dosaku.’
Rasulullah S.A.W bersabda, 'Bila dalam hati seseorang telah berkumpul dua hal itu, tentu Allah akan memberi apa yang diinginkannya dan menghindarkan dari apa yang ditakutinya.'
Jangan bersedih, beristighfarlah. Allah itu Maha Pengampun.
“dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya...” Surah Huud: 3
Jalan berliku itu pasti akan terus ditempuh selagi nikmat tenaga dan nyawa terus diberi oleh yang Maha Esa. Namun pengakhirannya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui, kerana hakikatnya permulaan kepada kehidupan ini adalah hidup selepas mati!
| Secebis Catatan di Bilik Darjah | 11:18 AM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
“Mawi, kenapa dengan awak? Ada yang tak kena ke?”
“Dia start dulu cikgu. Kita tak layan pun.”
Dialog ini adalah perkara rutin di kelas. Saling salah-menyalahkan, saling tuduh-menuduh. Tiada semangat setiakawan, cuma mewujudkan suasana perbalahan di kelas.
Kadang-kadang kami sebagai guru hampir hilang idea untuk membantu pelajar-pelajar ini. Sedangkan, boleh dikatakan setiap pelajar itu kami ketahui latar belakang keluarga dan hidupnya. Ini bukanlah helah bela diri namun secara realitinya, kami cuma mampu menasihatkan pelajar-pelajar yang bermasalah untuk berubah ke arah kebaikan. Mereka dinasihatkan untuk memikirkan nasib diri dan keluarga sekiranya tiada ilmu di dada, sama ada duniawi dan ukhrawi.
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Ankabut: 64

‘Balik rumah nanti, cuba fikirkan. Muhasabah diri. Adakah anda seorang Muslim yang baik? Adakah anda seorang pelajar yang baik? Adakah anda seorang anak yang soleh dan solehah?’
Persoalan-persoalan ini biasa saya tuliskan di papan hijau pada akhir kelas. Soalan-soalan dan kata-kata nasihat ini kadang-kadang lebih berkesan apabila dibaca berbanding diucapkan secara lisan. Bak kata pepatah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apabila saya mula menulis, pelajar-pelajar akan berkata, ‘Cikgu nak tulis apa pula tu?’.
Tanyalah kepada semua guru di luar sana, apakah yang mereka inginkan pada anak-anak murid mereka. Pasti semua akan menjawab bahawa mereka hanya ingin melihat anak-anak murid berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang cemerlang akhlaknya.
Dalam era globalisasi kini, dibimbangi mereka tidak dapat bersaing dan seterusnya tercicir dalam kehidupan. Kemiskinan terus diwarisi sedangkan mereka sebenarnya berupaya untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
"...Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd: 11

Sungguh, apabila teori ingin diaplikasikan dalam amali, segalanya akan berubah menjadi sukar dan susah. Pelbagai gangguan wujud, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran terbantut. Motivasi dan nasihat sentiasa diberi namun benarlah, untuk mendapat sesuatu yang baik pasti sulit dan sukar. Semoga perjuangan yang baru bermula ini terus membara hingga ke akhirnya. Wallahualam.
| Happy 25th Anniversary! | 5:37 PM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
Bangga.
Sesungguhnya hati ini bahagia.
Kadang-kadang perasaan sebak itu datang, lantas diiringi air mata yang bergenangan. Sungguh! Aku menjadi pengagummu yang setia. Kagum dengan cinta dan kasih sayang yang dicurahkan. Terasa jiwa kecil ini sarat dengan tulus ikhlasnya kasihmu. Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang telah mengurniakan perasaan sehebat ini!
Jauh di lubuk hati ini tetap ada lafaz yang tersimpan. Namun cuba dizahirkan melalui kata-kata dan perbuatan. Kekoknya langkah tanpa kata-kata, sukarnya tingkah tanpa susulan bicara.
“…hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah Al-Israa’: 23
Nota hati ini tidak terhenti di sini. Ustaz Pahrol berkata, “Cintailah ibu bapa kerana mencari cinta Allah!”
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." Surah Al-Israa’: 24

| Terima Kasih Abah dan Mak! | 4:57 PM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
Bertuahnya kita kerana penuh kasih sayang sejak dari kecil hingga dewasa. Kasih sayang Allah melalui segala pemberian dan nikmat yang tidak terhitung. Kasih sayang ibu bapa pula melalui tindakan melindungi dan mendidik anak-anak serta tanggungjawab lain yang tergalas di bahu setiap ibu bapa.
Kadang-kadang hati ini tertanya-tanya. Apakah akan ada seorang pelindung yang berjaya melindungi dan menjaga diri ini sebagaimana Abah bertindak?
Teringat pada kata-kata Mama, ibu sahabat tersayang tatkala kami berbicara soal teman hidup (insyaAllah, semua orang mempunyai keinginan untuk membina 'rumah dan tangga').
“Susah nak jumpa orang macam Abah.”
“Wani jangan cakap begitu. Semua orang merasakan ayah mereka adalah lelaki terbaik dalam hidup mereka, but for sure Wani takkan jumpa lelaki yang sama sikap dan sifatnya.”
Nota Hati Seorang Ayah dalam tulisan Ustaz Pahrol benar-benar menyentuh hati ini. Ingin saja dicanangkan kepada semua betapa bertuahnya diri ini, punya seorang ayah yang sangat penyayang dan melindungi. Sungguh, dalam perlindungan itu ada kebebasan namun sekatan dan batasan itu tetap ada sebagai had kawalan diri dalam melayari kehidupan sehari-hari.

“Perlu banyak meraikan.” Begitu kata Tok Wan apabila ditanya tentang tip mendidik anak perempuan.
“Meraikan bagaimana?”
“Raikan mereka dengan kata-kata, belaian dan pemberian. Itu caranya.”
“Maksudnya?”
“Hargai pandangan, kegembiraan, kesedihan, kejayaan dan kegagalannya. Selalu ucapkan tahniah, takziah, pujian dan pujukan. Pada ketika yang sesuai, berilah hadiah.”
"Kenapa Tok Wan?"
“Umumnya perempuan makhluk perasaan berbanding lelaki makhluk akal. Pendekatan meraikan lebih berkesan bila berdepan dengan perasaan. Pendekatan ini lebih menyentuh dan berkesan.”
“Apa tip Tok Wan untuk Sang Gembala?”
“Bila berdepan dengan anak perempuan, bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri. Adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri solehah? Bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu, adakah cucu kita bakal mendapat ibu yang mithali?”
“Lagi Tok Wan?”
“Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya, Sang Gembala mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan suami yang baik kepada isterinya!”
“Lagi Tok Wan?”
“Last but not least, Sang Gembala wajib baik kepada Tuhannya!”
Nota Hati Seorang Lelaki, Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Sewaktu adik dirawat di hospital kerana kemalangan pada tahun lepas, Mak tetap teguh berdiri di sebalik kelembutan kasih sayangnya. Sedangkan diri ini tahu, betapa runsingnya hati seorang ibu apabila melihat keadaan anak yang dikandung sembilan bulan, dilahirkan dengan penuh susah dan payah, apatah lagi sakit menanggung perasaan duka melihat anak terlantar kesakitan. Sungguh, diri ini sangat bertuah lahir dari rahim Mak, kekuatan yang Mak ada itulah sumber kekuatan dan contoh terbaik bagi diri ini.


© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com









