Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Dugaan & Musibah 7:37 AM

"Apa perbezaan musibah dengan dugaan?"

"Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah perkara yang sama. Apa yang membezakannya ialah pandangan seseorang pada kalam tersebut. Contohnya, katakan A ditimpa kemalangan jalan raya. Bagi A, kejadian tersebut merupakan satu ujian buatnya bagi menyemai perasaan bersabar dan tabah dalam kehidupan. Namun begitu, mungkin pandangan B (seorang teman A) berbeza. B menganggap kemalangan tersebut sebagai satu musibah terhadap A lantaran sikapnya yang sering menyakiti hati teman-teman dan orang sekeliling."

Dialog ini sekadar satu perkongsian pendapat antara ana dan seorang sahabat lama. Ukhti tersebut meluahkan isi hatinya kepada ana, kebetulan majlis perkahwinannya pada minggu hadapan. Barangkali perasaan gementar dan risau menyebabkan dia berfikir perkara-perkara ini. Sebagai sahabat lama, sokongan dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diberi agar dia terus melayari kehidupan sebagaimana adanya.

"...kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan..." Surah Al-Anbiyaa': 35.

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)." Surah Al-Baqarah: 156.

"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." Surah Al-A'raf: 144.

Allah adalah satu-satunya penolong. Serahkan semua urusan kepada Allah, bertawakal kepadaNya, percaya kepada janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan daripadaNya. Inilah sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia.

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri lantaran manusia memang diciptakan sebagai makhluk Allah yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakal kepada Allah, percaya sepenuhnya kepada perlindunganNya dan menyerahkan semua perkara kepadaNya.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil..." Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung...

Fitnah Di Hati 11:36 PM

Fitnah di hati. Bukan mudah dan senang untuk menghindarinya. Mujahadah yang tinggi diperlukan bagi menghapuskannya dari jiwa. Terkadang diri dibuai impian dan angan yang menggunung, namun sedarlah diri. Di mana kaki berpijak, di mana segala urusan qada' qadar telah ditentukan oleh Allah yang Maha Berkuasa.

"Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan hawa nafsunya." Sabda Rasulullah S.A.W.

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." Surah Al-Baqarah: 191


Di antara penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah:
* Kesediaan hati menerimanya.
* Mendahulukan pendapat peribadi di atas hukum syarak.
* Menerima jawatan yang tidak mampu dilaksanakan.
* Sibuk berbicara tanpa bekerja.

Di antara kesan fitnah:
* Membuat manusia lupa terhadap kebenaran yang sebenarnya.
* Menipiskan agama.
* Menghilangkan akal.
* Tidak mendengar nasihat.

Di antara penyelamat dari segala fitnah:
* Tidak menuntut hak dalam urusan dunia.
* Faham terhadap agama.
* Melepaskan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya.
* Tidak memegang jawatan dalam fitnah.
* Berdoa agar terjaga dari kejahatannya.
* Hati mengingkari fitnah tersebut.
* Beramal soleh.

Didik Diri 10:20 PM

Sifat-sifat pendidik yang berjaya:
1. Ketabahan dan kesabaran
2. Lemah lembut (ramah) dan tidak kasar
3. Hati penyayang
4. Mengambil yang paling ringan dari dua perkara selama perkara itu tidak dosa
5. Lunak dan lemah lembut
6. Menjauhi sifat marah
7. Bersikap seimbang dan pertengahan
8. Membatasi diri dalam memberi nasihat yang baik

Lapan sifat pendidik yang berjaya ini diperolehi daripada buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah S.A.W.’ yang dipinjam daripada seorang guru di sekolah. Terdetik di minda fikiran dan hati bertanya tentang cara didikan yang terbaik untuk anak didik kelak. Memandangkan tingkah laku pelajar yang pelbagai dan cara pergaulan mereka di kelas sudah ketara kelihatan, pelbagai cara didikan perlu difikirkan bagi menerapkan akhlak mulia yang sepatutnya menjadi teras diri mereka sebagai seorang Muslim.

Selepas proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berakhir, adakah perubahan berlaku? Objektif P&P dapat dilihat tercapai ataupun tidak pada tingkah laku pelajar yang dapat diukur melalui soalan atau ujian yang dijalankan oleh guru di akhir sesi P&P. Ini merupakan fakta yang nyata dan diterangkan dalam buku-buku pendidikan.

Namun begitu, tidak mudah sebenarnya mengubah diri seseorang. Segalanya terpulang kepada tuan empunya diri. Ingin berubah ataupun tidak. Kadangkala perubahan seseorang itu bukanlah niat ikhlas kerana Allah, namun atas keinginannya terhadap sesuatu perkara.

Sekiranya segala perkara yang diajar tidak diaplikasikan, maka ilmu yang diperolehi akan hilang tanpa ada sebarang perubahan yang jelas kelihatan pada diri seseorang itu. Lantas, di mana kualiti seindah realiti positif yang harus kita cari dan gilap? Didiklah diri dan temukan hasilnya.