Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Corat-Coret PSM 2 1:27 PM

"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Allah mereka bertawakal". ~ Surah Asy-Syura, ayat 36.

Sepanjang menjalankan kajian untuk PSM 2 (Projek Sarjana Muda), abahlah yang banyak membantu selain bimbingan daripada penyelia. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya tatkala terdapat beberapa halangan dan kekangan yang memerlukan tindakan cepat dan drastik. Terima kasih yang tak terhingga untuk abah dan mak tersayang dan juga Pn Mimi..=)

PSM mengajar erti kesungguhan dalam berusaha dan membuat yang terbaik semaksima yang mungkin. Syukur ke hadrat Ilahi atas kemudahan dan kelancaran yang diberikan dalam pembentangan baru-baru ini. Mungkin senyuman yang banyak terukir di wajah kala presentation berjalan menyebabkan ana tidak berasa gentar walaupun pada awalnya, ana berasa agak bimbang. Benarlah, persediaan yang rapi amat membantu kita dalam menghadapi apa jua perkara yang berlaku. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel penilai dapat dijawab dengan baik, dan ada juga saat penilai sengaja menguji kefahaman dan kemampuan diri sewaktu sesi soal jawab.
Teringat ana pada sesi pembentangan PSM 1, dinilai oleh lecturer yang boleh dikatakan agak digeruni oleh kebanyakan pelajar di fakulti ana. Hmm, kini beliau sudah tiada di bumi UTHM, menyambung PhD di luar negara. Disebabkan cadangan beliaulah, ana mengambil sebuah sekolah sahaja sebagai sampel kajian kerana sekolah tersebut yang dilihat mempunyai masalah dalam pelaksanaan pengajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam BI. Terima kasih En Badar.. =)

Ana tertarik untuk memetik sebuah nukilan hasil tulisan seorang Sahabat Iqra'.

"Seorang rakanku yang berasal dari Kulai, Johor. Insan ini tidak dapat untuk menghadiri seminar PSM kerana penyelianya tidak membenarkannya berbuat demikian. Sekeping surat dihantar oleh penyelia kepada kedua-dua panelnya untuk menyatakan siswa ini tidak dibenarkan untuk bentang hasil projeknya. Mengapa tidak boleh bentang, sedangkan projeknya dapat dihasilkan dengan sempurna? Sumber dari penyelianya, dia hanya berjumpa dengan penyelia tiga kali sahaja dalam satu semester. Salah seorang dari kedua panel siswa ini masih lagi bertimbang rasa untuk membenarkan insan ini membentangkan projeknya. Berjaya untuk satu bahagian. Bagaimana dengan bahagian satu lagi? Markah yang dikuasai oleh panel hanya 25% sedangkan markah yang ada pada penyelia adalah sebanyak 75%. Walaupun panel membenarkan tetapi penyelia tidak membenarkan.

Dua orang lagi rakanku yang masing-masing berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Kluang, Johor. Kedua-dua ini diletakkan di bawah satu penyelia yang sama. Penyelia berpangkat Professor. Kertas Seminar dihasilkan dengan sempurna, cuma projek mereka tidak menjadi. Satu arahan yang dimasukkan ke dalam programming, arahan lain pula yang dilaksanakan oleh robot tersebut. Apa yang penyelia mereka kata adalah “Kalau awak bentang pun, saya cuma boleh bagi awak D”. Kerana? Projek mereka tidak jadi dengan sempurna. Semester ini menyaksikan kedua-dua siswa yang berada di bawah penyelia yang sama kembali semula ke UTHM pada semester akan datang.

Ini kisah penyelia yang sanggup beri ‘D’ kepada siswa di bawah seliaannya, bagaimana jika anda ditetapkan dengan panel seperti ini? Yang akan membentangkan hasil projek anda di hadapannya? Ya! Tiga orang sahabatku, yang mana panel ini tidak mahu melihat pembentangan mereka. Mudah panelnya berkata “I Don’t want to see your scrap, I just want to see your last project”. Lalu siswa tersebut mempamerkan hasil projeknya. Ternyata tidak berfungsi. Jika anda di situasi siswa ini, apa yang anda akan lakukan? Pasti anda akan berkata “I will show you my video that have function last night” yang bertujuan untuk backup projek anda yang tidak jadi. Inilah yang dilakukan oleh siswa tersebut. Agak-agaknya, apakah yang dikatakan oleh panelnya? “I just want to see you project that was function on my eye only, I don’t want to see you video”. Kata panel ini. Apakah perasaan anda?"

Mungkin untuk fakulti pendidikan seperti ana hanya terdapat sedikit kisah seperti di atas. Satu perkongsian daripada lecturer yang ana kagumi tentang perbezaan lecturer pendidikan dan kejuruteraan;
1 + 1 = 2 (lecturer kejuruteraan ~ rigid @ tetap)
1 + 1 = 11 @ 1 kuasa dua (lecturer pendidikan ~ pelbagai @ diubahsuai mengikut kefahaman)

Subjek psikologi yang diajar kepada pelajar berteraskan pendidikan menerapkan elemen memahami emosi dan perbezaan individu. Kecerdasan manusia yang pelbagai turut menjadi satu ilmu dalam memahami kebolehan manusia yang berbagai-bagai, bukan spesifik pada satu perkara sahaja. Apa pun, inilah sebenarnya kehidupan. Ada turun naik, ada suka dan duka. Sekali di bawah, sekali di atas. Terpulang bagaimana kita melihat perkara tersebut sebagai input pengalaman kehidupan.

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman". ~ Surah Ali-Imran, ayat 139.

Manusia, Sebaik-baik Makhluk Ciptaan Allah 8:12 AM

Salam manis penuh keceriaan buat semua. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat umur dan kesihatan yang dikurniakan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.

Baru-baru ini sahabat ana menghadapi satu kemalangan kecil. Alhamdulillah selamat segalanya, tetapi terdapat beberapa kecederaan pada bahagian tangan dan kaki. Apa yang ingin ana bawakan ini? Mari, kita selidiki.

Cuba lihat kartun, tak kira Mickey Mouse, Pink Panther atau Ninja. Tak pun Superman yang selalu berlawan dengan raksasa besar. Kalau jatuh daripada bangunan tinggi pun tetap hidup tanpa ada kecederaan. Tetapi kita sebagai manusia, sudah pasti jika terjatuh, pelbagai kecederaan dialami. Tak kira patah kaki, tangan atau lain-lain. Luka kecil atau besar pasti akan sembuh, walaupun mengambil masa yang lama.

Inilah yang ingin ana kaitkan dengan statement di atas. Manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Tak ternilai! Tak terucap dengan kalimah tahmid alhamdulillah yang mampu kita ucapkan tatkala berzikir menghadap Ilahi. Perhatikan seluruh tubuh badan. Mata yang cantik bersinar, hidung yang menghidu, telinga yang mendengar, dan segala nikmat yang kita gunakan setiap masa. Bayangkan satu daripada nikmat ini hilang,bagaimana agaknya kita pada waktu ini.

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaanNya) ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur". ~ Surah As-Sajdah ayat 9


"Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong); tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa". ~ Surah al-Fussilat ayat 51



Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang bersyukur dan tidak kufur nikmat. Amin...

Hormat @ Respect 12:32 AM

Satu artikel yang dibaca ada mengatakan, berpeganglah kepada tiga R iaitu:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

Apa yang dikatakan dengan hormat di sini? Adakah sekadar bercakap lemah lembut, bersopan santun atau bertingkah laku dan bertata tertib mengikut norma-norma masyarakat sekitar? Satu persoalan buat semua insan, tidak kira apa jua profesion yang diceburi. Hatta dalam keluarga sendiri, kita harus dan wajib hormat pada kedua ibu bapa selagi suruhan yang diberi tidak melanggar hukum syariat Islam.

Sayangnya, dalam kelompok masyarakat hari ini, terdapat golongan yang sengaja mencipta kekalutan, menempelak pendapat dan hujah orang lain tanpa memikirkan dan menghiraukan perasaan insan tersebut. Apatah lagi sekiranya insan yang ditempelak itu melakukan perkara yang benar, cuma barangkali cara atau medium yang digunakan tidak sesuai. Firman Allah:

"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia". ~ Surah al-Israa' (ayat 53)

Jelas di sini bahawa syaitan sentiasa membisikkan kata-kata jahat, agar dapat menimbulkan perselisihan faham seterusnya perbalahan di kalangan yang bersaudara. Bukankah setiap anak Adam itu bersaudara? Sebagaimana kita mahu orang menghormati kita, sebagaimana itu juga kita perlu menghormati orang. Hormatilah pendapatnya, perkongsian idea atau apa jua yang dikatakan olehnya. Sekiranya apa yang dikatakannya tidak benar, atau terpesong dari jalan Islam, barulah ditegur dengan lembut dan penuh hikmah. Islam agama yang syumul, kelembutan juga yang bisa melenturkan kekerasan dan kedegilan.

"Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji". ~ Surah al-Haj (ayat 24).


Wallahualam. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hambaNya yang menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga.

Hati Ini Cinta Allah 11:17 AM


Cinta kepada Allah mempunyai makam (kedudukan) yang paling mulia dan paling tinggi. Firman Allah S.W.T.:
"..adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.." Surah al-Baqarah: 165



Manusia, sudah terjatuh baru terngadah. Apabila terjadi sesuatu yang tidak terduga, barulah menginsafi diri. Menilai kesilapan dan kelemahan diri. Maha Suci Allah, yang menerima taubat dan mendengar setiap rintihan hambaNya. Subhanallah, betapa rugi dan hilangnya nikmat cinta Allah andainya diri tidak mampu berfikir, menilai segala dosa yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Tiga hal barang siapa yang ada berada di dalamnya, ia merasakan manisnya iman iaitu Allah dan RasulNya lebih ia cintai daripada apa-apa yang selain kedua-duanya. Dan ia menyintai seseorang yang tidaklah ia menyintai melainkan kerana Allah. Dan ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka"



Semoga hadis ini menjadi satu peringatan, tatkala diri lemah untuk melawan dugaan dan ujian. Ya Allah, selamatkanlah hambaMu yang lemah ini..



Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerana hilang dari jalan
Menuju redhaMu ya Tuhan
Di hamparan ku meminta
Moga taubatku diterima

Catatan Diri 15 Syawal @ 15 Oktober 3:12 PM

Alhamdulillah..syukur pada Allah atas kurniaanNya..hari ini berjaya juga disiapkan pembetulan projek akhir..penat rasanya mengejar masa, namun hadiah yang manis selepasnya amat dihargai..hari ini juga adalah birthday sahabat tersayang..cukup sudah usia 22 tahun..moga keimanan semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia..



    Selamat Hari Lahir, sahabatku..


  • Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan.
  • Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan di dalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.
  • Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.

Iman dan Musim 6:56 AM


Musimnya Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman! Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

Islam..Malaysiaku... 9:19 AM

Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan berita tentang UMNO bahagian Cheras yang melancarkan Tabung Azan. Ini adalah impak daripada tindakan Teresa Kok yang menyaman Utusan Malaysia atas dakwaan memperkecilkan beliau secara peribadi sebagai Ahli Parlimen. Namun begitu, ana tidak berniat untuk mengulas tentang siapa yang salah atau tersilap tafsir. Apa yang ana ingin kongsikan di sini ialah, bagaimana Islam di Malaysia hari ini? Ana cukup yakin untuk mengatakan bahawa semua orang Islam (yang sedar dan cinta pada Islam) akan bangkit mempertahankan apa jua perkara yang berkaitan dengan Islam. Allah akbar! Selamatkan Islam! Sesungguhnya sebagai seorang Muslim, kita harus berusaha mempertahankan dan memperjuangkan Islam.

"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi yang berbuat kebajikan." Surah al-Ankabut, ayat 58.

6 Persoalan Hidup 3:23 AM

  • Suatu hari, Imam Al-Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Imran:185).
  • Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.
  • Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179). Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
  • Pertanyaan keempat adalah,"Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
  • Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.
  • Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.

~ Hari ini apa persoalan yang terlintas di minda? ~