Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


~ 21 Ramadhan ~ 5:41 PM


Hari ini ada program Bengkel Sukarelawan Sinar D Acheh 2008. Kami kena cari sumbangan dan tajaan untuk program ini daripada syarikat-syarikat dan orang perseorangan. Alhamdulillah, pengalaman yang ada sebelum ini dalam mempromosikan sesuatu program @ mencari peserta luar bagi program yang dianjurkan menyebabkan ana berasa lega walaupun kemungkinan pelbagai kerenah dan persepsi manusia bakal dihadapi. Selain mempersiapkan persediaan yang sedia ada, persediaan mental perlu seiring agar dapat menghadapi apa jua kemungkinan. 'Bersatu dan Berusaha dalam Merealisasikan Sinar Kehidupan', motto kumpulan kecil kami. Apapun, esok akan bermula dengan satu tujuan, mencapahkan beberapa misi yang ingin dicapai!

~ Hari Ini ~ 7:20 AM

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kurniaan kesihatan dan keselamatan. Selesai ibadat khusus untukNya, inilah rutin sehari-hari; mengadap laptop kesayangan. Semalam terasa sangat banyak beban kerja yang tak selesai lagi; PSM, assignment, program. Hanya Allah Maha Mengetahui. Moga masa yang ada ini dapat digunakan sepenuhnya. Terkadang terasa ingin menangis, namun, kekuatan diri harus ada untuk melawan tribulasi kehidupan.



"Di kala engkau letih dan hilang rasa semangat, percayalah bahawa Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upaya. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan, percayalah Allah mengira setiap satu dari titisan air matamu itu. Tatkala engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ingatlah bahawa Allah sentiasa di sisimu. Saat engkau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu arah tujuan, yakinlah bahawa Allah ada jalan penyelesaiannya. Apabila tiada sesuatu yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, maka Allah adalah jawapannya.."

Semalam 6:49 AM

Semalam, 17 Ramadhan @ 17 September. Apa yang ana nak ceritakan pasal semalam? Emm, semalam ada majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama TNC UTHM. Sedih sikit sebab makanan waktu berbuka banyak tak habis. Pembaziran di depan mata. Tapi diri ini tak mampu membantu. Alhamdulillah, makanan yang selebihnya dapat dibahagikan untuk dibawa sahur. Bercerita tentang berbuka beramai-ramai pulak; makan dalam talam. Ana mengenal budaya makan dalam talam ini pun di bumi UTHM tercinta ini. Dalam program Kelab Iqra' sewaktu menjadi junior tahun satu. Bila dah tahun 4 ni, menjadi seorang senior, kakak kepada adik-adik, terasa satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Sedih sebab bakal meninggalkan adik-adik, bumi UTHM ini. Harapan cuma satu, moga ukhwah yang terbina kekal dan berpanjangan, insyaAllah.

~ Sahabat ~ 9:05 AM

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya.."
~ Imam Syafie ~

Nuzul al-Quran 12:31 AM

  • Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
  • Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
  • 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
  • Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
    "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38)
  • Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
  • Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
    "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)

12 Ramadhan 1429H 7:14 AM

Alhamdulillah..hari ini 12 Ramadhan 1429H..sudah 23 tahun umur ana hari ini mengikut tahun Hijrah...alhamdulillah, syukur kepada ALLAH atas nikmat iman yang diberi, nikmat usia yang dipanjangkan, nikmat pancaindera yang dikurniakan dan pelbagai nikmat, limpah rahmat ALLAH..syukron jazilan buat mak abah, atas segala jasa, membesar, mendidik, membimbing dan pelbagai imbuhan 'me' lagi..di usia 22 tahun ini pelbagai perkara datang menyesakkan fikiran, dengan PSM, assignment, tidak termasuk program-program yang telah diatur mengikut jadual peribadi sendiri..iman dan taqwa harus dijaga dan disemai dengan amal ibadat seiring kesibukan yang dialami..teringat kata-kata ustaz ana dulu, iman ini seperti pasaran saham, ada turun naiknya..cukup terasa rugi andai Ramadhan ini tidak dibajai dengan amal ibadat kepadaNya..diri ini rindu pada hati yang suci bersih, pada alunan suara yang mengalunkan ayat-ayatNya..ya ALLAH, tetapkan hati ini pada jalanMu..

Priority?

~ Salam Ukhwah ~ 8:12 AM


Salam ukhwah ditujukan buat sahabat-sahabat..yang sentiasa dekat di hati..ikatan ukhwah yang wujud, menerbitkan rasa kasih dan sayang di antara kita..semestinya, 'Tautan Hati Sahabat' dicipta untuk menunjukkan ikatan silaturrahim antara kita..syukron jazilan buat semua sahabatku..

~Tautan Hati Sahabat~ 9:50 AM

enSeerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara...


Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu kau takkan ku lupa…

Oh..Perjalanan kita masih jauh
Jalan nan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu...

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanku tetap engkau temanku
Riangnya saat kita bersama
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama…


Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita
Yang dibina…


Ya Tuhanku, tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu

Agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat…