Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Life at SMT Tanah Merah 10:24 AM

Alhamdulillah, hari ini sudah seminggu ana berada di SMT Tanah Merah untuk latihan mengajar. Syukur pada Allah atas segala kemudahan dan kelancaran dalam segala urusan. Suasana sekolah hampir menyamai keadaan di sekolah terdahulu sewaktu di Tingkatan 5. Jatuh sayang pada pelajar-pelajar yang ana ajar. Semoga mereka berjaya menjadi insan yang cemerlang akhlak dan akademik. InsyaAllah..

Kesibukan yang melanda memaksa ana memendamkan hasrat untuk melayari internet bagi mencari bahan-bahan ilmiah baru daripada teman-teman blog. Cukup rindu rasanya pada sahabat-sahabat di UTHM, adik-adik yang sama-sama menjayakan program di Perwira. Namun, hidup harus diteruskan.

Semalam juga program Palestin Menangis Lagi berlangsung di sekolah ini. Cukup terusik hati hingga tidak sedar air mata menitis kerana terlalu tersentuh menyaksikan rakaman video yang menunjukkan kehidupan saudara kita di sana. Israel laknatullah terlalu kejam, hanya Allah mampu membalas kejahatan dan kezaliman mereka. Allah Maha Perkasa lagi Maha Pembalas. Doa yang diaminkan pada penghujung program semalam masih terngiang lagi di telinga, moga Allah memakbulkan dan membantu pejuang-pejuang di sana. ALLAH AKBAR!!!

Apapun yang berlaku, sentiasalah kita beringat bahawa perkara ini mungkin juga terjadi pada kita pada masa hadapan. Wallahualam.

Palestin Menangis Lagi!!! 9:51 AM



Maha Suci Allah Yang di tanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Surah al-Mulk ayat 1

Hari ini genap 21 hari serangan rejim Israel laknatullah ke atas bumi Palestin. Lihatlah dunia!!! Darah mengalir, tangisan berterusan, trauma kanak-kanak dan pelbagai lagi kejadian berlaku. Jumlah mangsa yang terkorban semakin meningkat. Serangan dari segenap penjuru seolah-olah tiada hentinya. Namun begitu, berita yang mengatakan Israel akan menghentikan serangannya pada jam 12 tengah hari waktu Malaysia hari ini seakan-akan mencambahkan fikiran bahawa zionis Israel akan menyerang habis-habisan.

Bantahan, demonstrasi dan kutukan hanya dipandang enteng oleh Israel. Sudah tentu begitu kerana mereka sudah cukup gagah perkasa dengan sokongan US di belakang di samping wang berjuta-juta dan bantuan ketenteraan. Tembok yang dibina sepanjang 720 km hanya menambahkan lagi penderitaan rakyat Palestin.

Persoalannya, bagaimana kita mahu membantu dan menghulurkan bantuan kepada saudara seagama kita di sana? Kita mampu membantu saudara seagama di sana dengan sumbangan kewangan bagi membekalkan ubat-ubatan. Sedihnya di dalam hati tatkala melihat anak-anak kecil yang tidak bernyawa menjadi mangsa bedilan bom yang tidak mengenal mangsanya. Bagaimana nasib kanak-kanak lain yang terselamat namun mengalami trauma akibat serangan tersebut? Apakah yang dapat kita hulurkan selain doa kepada mereka? Persoalan silih berganti, namun jawapannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Surah al-Baqarah ayat 153.

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal. Surah al-Imran ayat 160.

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. Surah al-Imran ayat 200.


"Umat Islam di Malaysia sekalian,
Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya."
* kami = HAMAS *