Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Listen With Your Heart 8:49 AM



Hmm..apa yang dapat diambil daripada ayat di atas ini? Memang kita semua mendengar dengan telinga bukan? Tapi, maksud sebenar ayat ini ialah kita harus mendengar dengan hati di mana kita cuba mendengar luahan hati seseorang dengan ikhlas, nilai luahan perasaannya dengan baik. Sebagaimana kita mahu orang lain mendengar masalah atau luahan hati kita dengan baik, sebagaimana itu juga orang lain mahu kita bertindak sedemikian dengan mereka. Barulah kita menjadi rapat, disayangi oleh ahli keluarga, teman-teman dan sesiapa sahaja yang percaya bahawa kita boleh menjadi tempat untuk meluah rasa dan meminta pendapat berkenaan apa jua perkara.

Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang mempunyai PR (public relation) yang baik, pasti mereka disukai dan menjadi favourite person seseorang. Dan adalah satu kelebihan bagi mereka, menjadi tempat rujukan untuk banyak perkara. Terkadang, kita menjadi keliru dan tidak ketahuan lantaran masalah atau ujian @ dugaan yang dihadapi. Namun begitu, dalam menilai dan memuhasabah diri, lihatlah ke dalam diri, nikmat kasih sayang dan rahmat Allah yang Maha Kuasa terlalu banyak, pilihlah penyelesaian berlandaskan agama, insyaAllah, kita akan temui ketenangan dan jawapan persoalan yang benar.

Parenting Love 4:48 PM

Alhamdulillah cuti sekolah tiba jua selepas hampir dua bulan ana di SMTTM. Terubat rasanya rindu pada mak abah dan adik-adik. Walaupun dua orang lagi adik ana tiada di rumah kerana masing-masing di kampus, kami pasti akan berjumpa lagi pada bulan Mei nanti, insyaAllah. Hanya mesej dan panggilan telefon sahaja bagi menghilangkan kerinduan.

Malam itu, ana mengusap tangan ibu yang telah melahirkan ana. ”Nur saja nak pegang tangan mak, hari tu masa kat sekolah Nur teringat tentang bagaimana nak menunjukkan kasih sayang pada mak ayah”. Ana bagi set induksi dulu; “Kalau seorang bayi yang tidak cukup bulan, sentuhan kasih sayang seorang ibu padanya dapat memberi satu semangat padanya bagi berjuang meneruskan kehidupan”. Maknanya, bagi anak-anak, perasaan sayang dan kasih pada ibu bapa boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara, terpulang kepada seseorang itu sendiri.

Teringat ana pada kata-kata seseorang; “Ibu bapa telah dicipta oleh Allah dengan perasaan cinta dan sayang pada anak-anak. Tetapi, anak-anak tidak. Perhatikan dalam al-Quran, ayat-ayat yang menyuruh anak-anak untuk mengasihani dan berbakti kepada kedua ibu bapa”. Sebab itulah dapat kita perhatikan anak-anak zaman sekarang yang begitu tega sekali menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang-orang tua. Seorang lecturer ana dulu pernah mengeluarkan pendapatnya; “Tidak hairanlah jika sekiranya anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua kerana sewaktu anak-anak menjadi bayi, mereka diasuh dan dijaga di nurseri disebabkan ibu bapa bekerja”. Fikirkan-fikirkan.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah al-Israa’ ayat 23.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada diri kami kesempatan untuk berbakti dan membalas jasa kedua ibu bapa kami. Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada ibu bapa. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Sesungguhnya hanya kepadaMu ya Allah tempat kami memohon pertolongan dan berserah diri. Amin...”

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." Surah al-Israa’ ayat 24.

Pemimpin...Leader... 9:38 AM



Pilihan raya bakal menjelma, pemimpin bagaimana yang menjadi pilihan hati?

Seorang pemimpin unggul mesti mempunyai sifat:
1. Penghayatan akidah yang kukuh.
2. Berilmu, dengan mendaulatkan ilmu Islam sebagai paling atas.
3. Berfikiran jauh kehadapan, tidak menipu rakyat.
4. Wibawa moral yang baik, bersih daripada skandal.
5. Mempunyai sifat fizikal dan akal yang hebat.
6. Menghormati jemaah.
7. Haibah (hebat).
8. Mesra rakyat.
9. Sunanunashri (ikhtiar dan tawakal)

Pemimpin dunia bertanggung jawab atas orang yang dipimpinnya di akhirat nanti. Orang yang ingin dipimpin menempah tempatnya di syurga atau neraka bergantung dengan pilihan mereka di dunia ini. Wallahualam.

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." Surah An-Nisa: 59

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." Surah Al-Anfaal: 46

"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika di antaramu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar." Surah Al-Anfaal: 66

Rahmat Ujian 12:12 PM



"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani).

"Nabi S.A.W. bersabda, maksudnya: 'Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Itulah rahmat dari setiap ujian yg diberikan...


Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hati lah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihiMu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya

ALLAH rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan ALLAH mengasihiMu setiap masa
Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya

POWER OF WORDS 10:13 AM



Life is a challenge - meet it
Life is a gift - accept it
Life is an adventure - dare it
Life is a sorrow - overcome it
Life is a duty - perform it
Life is a game - play it
Life is a tragedy - face it
Life is a puzzle - solve it
Life is a song - sing it
Life is an opportunity - take it
Life is a journey - complete it
Life is a promise - fulfill it
Life is a love - enjoy it
Life is a beauty - praise it
Life is a struggle - fight it
Life is a mystery - unfold it
Life is a goal - achieve it

THE IMPOSSIBLE IS OFTEN THE CLUTRIED