
MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah![]()
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-Husna![]() Demi Masa![]() Hari Ini![]() KalendarHabib AlbiNikmat Allah![]() Sahabat![]() Ukhwah![]() Sahabat Iqra'![]() Islam Inside![]() Knowledge Seeker![]() FollowersFacebook BadgeLabels
|

Bertatih | 4:29 PM |
Filed under:
Me Myself
|
Dua tahun berlalu di sini. Penuh rencah suka dan duka. Manisnya kenangan disulami pahitnya memori silam. Jatuh bangun dalam tatihan menuju titik pengakhiran sebagai suatu permulaan kehidupan abadi.
Tatkala senja melabuhkan tirai harinya, dia masih di situ. Bertanya dan bermonolog dalam hati diselangi asakan soalan yang menerjah akal dan minda. Sungguh! Terlalu banyak yang terjadi. Hentakan demi hentakan peristiwa menerjah kehidupan, menghadiahkan pengalaman baru untuk menempuh hari mendatang yang tidak diketahui prosesnya.
Terkadang dia bertanya, masihkah ada ruang untuknya menggagahkan diri mengharungi mehnah kehidupan dalam usia yang kian meningkat? Tarbiyah yang dikurniakan Allah, pencipta manusia sekalian alam sesungguhnya mendidik agar hati itu terus tunduk dan akur pada segala ketentuan-Nya. Usaha dalam tadbir tidak mampu melawan takdir yang telah tercatat untuknya.
Namun, hati itu percaya bahawa apa jua yang terjadi adalah kebaikan buatnya. Tidak sekali-kali Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menyukarkan dan menyulitkan hamba-hamba-Nya melainkan hanya untuk menguji dan mengurniakan ganjaran pahala yang lebih tinggi. Yakin dan optimislah bahawa Dia sentiasa memberi yang terbaik buat hamba-Nya. Binalah rasa tawaduk dan kekalkan rasa syukur dalam hati agar diri tidak tersasar dari laluan yang sebenar.
“Kejarlah apa yang berguna untukmu, minta bantuan daripada Allah dan jangan lemah. Apabila ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: ‘Kalau begini, nescaya tidak akan begitu.’ Akan tetapi katakanlah: ‘Ini takdir Allah.’ Sesungguhnya ‘kalau’ akan membuka pintu syaitan” (Riwayat Muslim)
Peringatan buat diri yang terkadang lalai dan alpa. Allahu Rabbi, tetapkanlah hati kami hanya pada-Mu.

© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
1 Comments:
Ya Allah...
aku hilang dalam mencarimu
makin bertambah kesesatanku
Ya Allah...
tunjukilah aku jalan yang lurus
jalan yang membawa ke syurgaMu
jalan yang Engkau redhai
Ya Allah...
rintihan ini
dari seorang hamba yang tak punya apa
Post a Comment