Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Muslimah dan Aurat 10:28 AM




Sewaktu melangkah menuju ke kelas, mata ana menyorot satu poster berkenaan aurat wanita di papan kenyataan sekolah. Alhamdulillah ada usaha-usaha yang dilakukan oleh para ustaz dan ustazah berkenaan persoalan aurat ini. Badan Disiplin sekolah sendiri menetapkan pemakaian tudung labuh untuk pelajar perempuan. Bukanlah satu perkara yang asing bagi ana kerana sewaktu ana bersekolah di SMT Wakaf Tembusu sendiri, tudung labuh itulah yang dipakai sehari-hari hingga mendapat gelaran ustazah oleh kawan-kawan lelaki di kelas. Kelakar juga kalau diingat kembali detik-detik persekolahan di sana.

Ana memang merasa satu kejutan budaya memandangkan ana menyambung pelajaran daripada sekolah agama yang sudah pastinya kalangan sahabat ana adalah golongan hawa. Terkejut dan terkesima melihat pergaulan pelajar lelaki dan wanita yang memang tidak kena pada pandangan ana. Namun begitu, ana cukup beruntung kerana dilindungi dengan title anak cikgu. Abah ana yang bertugas sebagai guru di situ menjadi kekuatan buat ana berhadapan dengan perkara-perkara yang di luar kehidupan ana di sekolah agama dahulu. Alhamdulillah, niat untuk belajar bersungguh-sungguh menjadikan ana berkobar-kobar untuk menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Nama baik abah harus dijaga dan begitu juga maruah diri sebagai bekas pelajar sekolah agama.

Berbalik kepada persoalan aurat, baru-baru ini ana ditanya oleh seorang kawan lelaki tentang kenapa perempuan suka memakai baju yang ketat. Katanya, dia berasa cukup sedih menyaksikan tabiat ini, tidak adakah sekelumit perasaan malu dalam diri mereka? Emm, mereka pasti merasa cantik dan ingin kelihatan kurus serta ramping di khalayak ramai. Persoalan malu atau tidak ditolak ke tepi. Lagipun terlalu ramai yang berpakaian seumpama mereka. Inilah jawapan yang ana berikan padanya. Namun begitu, bukan semua wanita sedemikian rupa. Masih ada dan insyaAllah akan ada muslimah yang menjaga diri dan aurat mereka. Ana katakan tabiat pula kerana sekiranya menggunakan perkataan budaya, agak pelik dan janggal. Budaya untuk perkara-perkara baik sedangkan tabiat sesuai untuk perkara-perkara yang sebaliknya.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: ayat 30 – 31)

Anak-Anak... 10:19 AM



Anak-anak...Belajar dari kehidupannya


Jika seorang anak hidup dengan bidasan,
ia belajar untuk mengutuk..

Jika seorang anak hidup dengan permusuhan,
ia belajar untuk bergaduh..

Jika seorang anak hidup dengan cemuhan,
ia belajar untuk ragu..

Jika seorang anak hidup dengan aib,
ia belajar untuk merasa bersalah..

Jika seorang anak hidup dengan toleransi,
ia belajar untuk bersabar..

Jika seorang anak hidup dengan galakan,
ia belajar untuk yakin..

Jika seorang anak hidup dengan pujian,
ia belajar untuk menghargai..

Jika seorang anak hidup dengan kesaksamaan,
ia belajar untuk adil..

Jika seorang anak hidup dengan keselamatan,
ia belajar untuk percaya..

Jika seorang anak hidup dengan persetujuan,
ia belajar untuk menyukai diri..

Jika seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan,
ia belajar untuk menemui kasih sayang di dunia ini..

4 Weeks at SMT Tanah Merah 12:31 PM

Alhamdulillah, kini sudah masuk minggu keempat ana menjalani latihan mengajar di SMT Tanah Merah. Pelbagai pengalaman telah dirasai di sini. Apatah lagi pada minggu lepas ana dan rakan-rakan berpeluang untuk mengikuti Kem Bina Semangat bagi pelajar-pelajar yang memegang jawatan pengawas, PRS dan exco asrama. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini begitu banyak memberi peluang pada ana untuk mendekati pelajar, mengenali dan memerhati kelakuan mereka.

Seperti Falsafah Pendidikan yang menyatakan peranan guru untuk mengembangkan potensi pelajar, begitu juga peranan kami untuk memastikan pelajar dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan sebaik sahaja kem itu tamat. Banyak perkara yang mengajar kami sebagai guru, kesabaran, ketahanan mental dan fizikal dan juga keikhlasan dalam mendidik pelajar. Pengalaman dalam satu kejadian pada kembara malam benar-benar memberi ana satu peluang untuk lebih mendalami dan memerhati kelakuan pelajar. Seperti yang rata-rata kita pernah rasai, semangat setiakawan yang begitu menebal pada diri pelajar-pelajar telah memberi peluang kepada mereka untuk membantu rakan-rakan yang mengalami histeria. Walaupun kembara tidak dapat dijalankan sepenuhnya, kejadian yang berlaku sudah cukup memberi seribu satu erti pada diri pelajar dan kami sendiri.

Dan...kesabaran yang cukup tinggi diperlukan untuk mendidik pelajar-pelajar. Sebagaimana kita inginkan dan mahukan, pastinya dalam hati setiap pendidik menginginkan pelajarnya untuk berjaya. Bagi ana sendiri, perasaan sayang pada pelajar itulah yang menjadikan ana bertahan dan bersabar. Sebagai wanita, pastinya emosi sentiasa berlegar-legar di bahagian hadapan. Namun, akal dan logik yang perlu dijadikan pemenang agar setiap tindakan tidak merugikan sesiapa. Semoga anak didik menjadi pelajar yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburi.

"To my dear student,
~ please respect other people as you want they respect you back
~ be a good MUSLIM, SON, STUDENT and people in community "