MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Syarat Hidup | 12:16 AM |
Filed under:
Me Myself,
Muhasabah Diri
|
“Nanti abah dengan mak nak pergi bandar, cari baju raya Iman dan abang Izul. Kalau Iman nak ikut, ade syaratnya.” Kata abah pada adik bongsu, Iman yang telah berusia enam tahun. Kata-kata ini sebagai usikan dan ‘syarat’ bagi adik ana lantaran sifat kanak-kanaknya yang selalu bergaduh dengan si abang, Izul. Kanak-kanak memang sifatnya begitu, bermain, bergaduh dan berbaik semula. Apabila si abang tiada, si adik tercari-cari. Apabila bersama berdua, sekejap bermain dengan baik, sekejap bergaduh dan berbalah. Namun, ini hanyalah salah satu coretan dalam kehidupan setiap kita yang pernah mengalami zaman kanak-kanak.
Berbalik kepada syarat yang telah ditetapkan; “Iman tidak boleh bergaduh dengan abang Izul. Kalau bergaduh, Iman kena tinggal di rumah bersama kak Nur dan abang chik (Razi).” Bagi kanak-kanak yang baru berusia enam tahun, syarat tersebut pastinya dipenuhi kerana keinginannya untuk mendapat hasil yang diingini.
Namun begitu, pernahkah kita terlintas tentang ‘syarat’ yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada kita?
Muhasabah diri. Renungkan amal dan perbuatan kita yang telah dilakukan selama ini.
Allah S.W.T telah memberi dua tempat pengakhiran yang selayaknya bagi hamba-hambaNya. Syurga dan neraka. Titian Sirat akan dilalui setiap kita dengan pelbagai cara yang telah kita sedia maklum. Berlari sepantas kilat, merangkak dan sebagainya. Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu pula bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing.
Allah mewujudkan neraka, namun sedari awal lagi Allah yang Maha Pengasih telah melarang kita daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah. Nabi Adam tewas pada godaan syaitan dengan memakan buah pokok khaldun yang telah ditegah oleh Allah S.W.T daripada didekati. Bagaimana pula manusia biasa seperti kita yang saban hari disajikan dan dihidangkan dengan pelbagai hiburan yang melalaikan dan melekakan? Godaan hawa nafsu ditambah pula bisikan syaitan yang sejak azali lagi dengan matlamatnya untuk menyesatkan manusia memberi satu pertentangan hebat dengan iman di dada.
“dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya." Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” Surah An-Nisa’: 119
Sekiranya kita sedari, kebanyakan perkara yang dilarang adalah perkara yang menyeronokkan. Ya, menyeronokkan untuk jiwa yang haus dengan iman. Menyeronokkan untuk mereka yang malas solat. Menyeronokkan untuk mereka yang enggan berpuasa. Menyeronokkan untuk mereka yang tidak mahu membayar zakat yang menjadi kewajipan ke atas mereka. Perasaan ‘seronok’ yang dialami melampaui batas sehingga mereka tidak takut lagi untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana tiada lagi perasaan takut dan gerun pada balasan api neraka.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
“dan kamu menjadi tiga golongan. Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.” Surah Al-Waqi’ah: 7-9

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment