MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Muhasabah Sepanjang Usia | 3:59 PM |
Filed under:
Muhasabah Diri,
Tazkirah Diri
|
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tidak akan berganjak tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” Hadis Riwayat Tirmidzi.
Mesej tazkirah yang dihantar oleh seorang sahabat menimbulkan keinsafan. Setelah diri diperingatkan dengan dekatnya kematian, kini alam misteri selepas kematian pula menimbulkan pertanyaan. Apakah destinasi akhir pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir selepas tujuh langkah terakhir yang meninggalkan kita di alam barzakh?
Sekiranya dikenang kembali ke dalam diri, muhasabah diri yang faqir di sisiNya, pasti tidak terhitung segala maksiat dan dosa yang telah dilakukan. Saban hari, pasti ada kelalaian dan kelekaan yang berlaku, yang menjauhkan diri daripada rahmat Allah. Tatkala diri melawan lalang lalai dan leka, terasa hati segar kembali, membisikkan tasbih dan tahmid kepada Allah.
Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti asyik dan nikmat atau penuh derita dan sengsara? Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan dunia yang amat berbeza.
Ana teringat pada satu kisah yang dibaca dalam sebuah buku, dihadiahkan oleh Abah tersayang pada 22 Ramadhan lalu. Buku yang bertajuk Penenang Jiwa ini diterjemahkan daripada Mukashafah Al Qulub hasil karya Imam Ghazali.
Kita beramal di dunia untuk hasil tanaman di akhirat kelak. Namun, apabila zon horizontal diri dilihat kembali, banyak perkara yang tidak dapat ditimbang sama dengan ibadat serta amal yang telah dilakukan. Wallahualam.

Wahab bin Munabbah bercerita:
Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun.
Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu.”
Dia bertanya, “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pokok menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalnya ini kepada Allah.
Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu.”
"...Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan.” Surah Al-Mu’minuun: 99 -100.Ada seorang nabi telah menyembah kepada Allah selama lima puluh tahun.
Kemudian dia mendapat wahyu dari Allah mengatakan, “Aku telah mengampunimu.”
Dia bertanya, “Mengapa Engkau mengampuniku sedangkan aku tidak pernah berdosa?” Kemudian Allah memerintahkan agar sebatang pokok menimpanya sehingga dia kesakitan dan tidak tidur semalam suntuk. Kemudian dia mengadukan perihalnya ini kepada Allah.
Maka pohon itu berkata, “Sesungguhnya Allah berkata kepadamu bahawa ibadah lima puluh tahun itu belum cukup untuk menebus keluhan itu.”
Kita beramal di dunia untuk hasil tanaman di akhirat kelak. Namun, apabila zon horizontal diri dilihat kembali, banyak perkara yang tidak dapat ditimbang sama dengan ibadat serta amal yang telah dilakukan. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment