Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Dekatnya Kematian... 7:34 PM

Kehidupan di sini bukan suatu khayalan tetapi ia sebenar kejadian.

Menanti Di Barzakh terngiang di telinga, terdengar dinyanyikan kumpulan Far East. Tatkala diri diselubungi rasa takut terhadap segala maksiat yang telah dilakukan, apakah daya kita sebagai hambaNya? Taubat dipohon, istighfar diucapkan. Semoga taubat diterima dan kehidupan pada hari ini serta akan datang lebih baik daripada dahulu.

Sewaktu dalam perjalanan menghantar adik bongsu ke sekolah, ana akan melalui kawasan perkuburan yang berada di belakang rumah. Kebetulan dalam minggu terakhir Ramadhan yang telah berlalu, tiga kematian berasingan berlaku di kawasan ana. Terkejut tatkala melihat tanah perkuburan yang biasanya sepi tetapi pada minggu terakhir Ramadhan itu seperti ada ‘keraian’. Maksud ana ialah tentang majlis pengebumian yang berturut-turut pada minggu itu. Terasa dekatnya kematian dengan diri, sedangkan amal diri hanya sedikit cuma.

Bukankah Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya, "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Surah Ali Imran: 185.

Semalam sekali lagi kematian terjadi akibat kemalangan yang berlaku beberapa meter sahaja dari rumah ana. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Ajal tiada siapa yang tahu. Allah jualah yang Maha Mengetahui pengakhiran kehidupan kita. Agak tragis kemalangan yang berlaku, dahulu pun pernah berlaku kemalangan di tempat yang sama sewaktu ana masih di sekolah menengah. Sedekahkan al-Fatihah bagi mereka yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.


"KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda maut dalam keadaan mengerikan selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Wira Aeroback di Jalan Kampung Batu Rakit, di sini, pagi semalam. Pemuda berkenaan maut serta-merta apabila sebahagian otaknya berkecai dikatakan dalam perjalanan dari Batu Rakit menuju ke Merang, Setiu, sebelum terbabas ke dalam gaung di bawah jambatan Kampung Batu Rakit.Sinar Harian difahamkan, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum merempuh saluran paip pada bahagian tepi jambatan dan jatuh terjunam ke dalam gaung." Sumber: Sinar Harian, 28 September 2009

Ops Sikap ke-20 yang bermula 12 September lalu berakhir semalam. Hari ini kita akan tahu jumlah sebenar korban di jalan raya. Setakat semalam, angka yang dikeluarkan ialah seramai 238 orang. Berbanding tahun lalu, jumlah kematian yang dicatatkan dalam tempoh Ops Sikap Ke-19 ialah 170 orang. Ops Sikap kali ini berjaya atau gagal? Tidak perlulah kita membuat kesimpulan berjaya atau gagal kerana yang penting sejauh manakah kesedaran yang wujud di kalangan pemandu apabila mereka berada di jalan raya. Dengan jumlah kenderaan yang saban hari semakin meningkat, jumlah pemandu yang terus bertambah dan jalan raya pula tidak banyak yang berubah, maka sukar untuk mengukur tahap sebenar kejayaan atau kegagalan Ops Sikap ini. Kemalangan dan kematian di jalan raya akan terus berlaku sama ada Ops Sikap wujud atau tidak.” Sumber: Utusan Malaysia, 28 September 2009

5 Comments:

Ir_Qutb said...

salam ...

satu post yang menarik untuk mengajak diri untuk tazkiyatunnasfi..

semua kita pasti akan mati...
namun kita mampu untuk mencorak kematian kita samaada husnul khatimah atau suul khatimah..,perancangan strategik perlulah dimulakan dari sekrang selagi detik masa2 yang sedikit ini ada...."hidup mulia atau mati sebagai syuhada"

Shazwani Mazuki said...

alhamdulillah..
btul kata2 anta.ana sgt setuju..
sbnrnya,ana lbh tertarik pd perkataan 'perancangan strategik' tu..
mg kita semua sentiasa dlm lindungan Allah..emel dr YG Kelab Iqra btajuk 'Tidur Kalian Terlalu Lena' cukup menakutkan dan menggerunkan..
mohon perlindungan Allah bg para mujahid dan mujahidah..ALLAH AKBAR!!!

helang timur said...

ingati kematian akan melupuskan keinginan bbuat dosa :)

Ir_Qutb said...

hari ni , kolej perwira merasai gegaran...ramai yang turun di lapangan ..perkataan yang terpacul dimulut penghuninya...gempa bumi.,tsunami..., fenomena alam .., tiada yang mengatakan kita perlu insaf atas kejadian dan inzar allah..selepas hbis gegaran masing 2 menjalankan aktiviti biasa.., yang dating terus dating... ya allah aku amat risau akan rakyat ku ,, berilah kekuatan dan hidayah kepada ku dan mereka supaya kami menyebabkan kemurkaan allah.. 'kiamat kian hampir'

Shazwani Mazuki said...

astaghfirullah..x sangka kediaman yg ana tinggal selama 3 thn lbh itu kini dh rasa gegarannya..dlu,ana just rs sewaktu di kampus induk..

cukup fhm dgn fenomena y anta mksudkn: dating..
ana yakin,BKE dan pimpinan JKK Perwira sdh melakukan apa y tdaya bg mbendung gejala y blaku..

tabahlah saudaraku di bumi sana..