MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
17 Ramadhan 1430H | 7:33 AM |
Filed under:
Muhasabah Diri,
Tazkirah Diri
|
Salam 17 Ramadhan 1430H. Salam keinsafan dan kesyukuran, salam penuh rasa rindu dilafazkan untukNya. Berpeluangkah lagi kita dipertemukan dalam Ramadhan yang akan datang? Masih adakah ruang dan waktu untuk kita menyatakan perasaan kasih dan cinta padaNya? Adakah kita telah menggunakan sepenuhnya bulan yang telah dikurniakan Allah, Ramadhan yang ertinya panas terik sebagai tanda kasih Allah kepada hamba-hambaNya?
Ana ingin meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal dalam artikel ‘Selamatkan Rumahtangga Dengan Hikmah Puasa’: "Sayangnya Allah kepada kita, diberikanNya satu bulan dalam setahun, untuk kita belajar mencapai taqwa. Bekalan untuk kesejahteraan hidup, kesejahteraan perkahwinan dan rumahtangga. Apakah yang diajar oleh puasa, agar meningkat nilai taqwa? Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan pelajaran. Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan latihan. Tetapi ketika kita ada segalanya untuk dimakan, namun kita memilih untuk tidak makan, kerana mentaati Allah, itulah latihan. Ia adalah latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan diri, supaya kita dapat tingkatkan daya kawalan diri!"
Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Al-Quran mula diturunkan dengan turunnya ayat pertama hingga kelima surah Al-‘Alaq kepada Rasulullah SAW semasa baginda berada di gua Hira’ melalui perantaraan malaikat Jibril.
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ini adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Al-Quran juga dikenali sebagai al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Uslub bahasa yang indah, menggetarkan hati yang merasakan keagungan Allah melalui firmanNya.
"Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman." Surah Yusof : 111

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
1 Comments:
Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama' berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan
tapi apapun memperingati tarikh kebesaran dalam islam amat dilupai oleh umat islam....ambillah manfaat dari isinya tidak hnya melihat keindahan kulitnya shj...
Post a Comment