MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Istiqamah Dalam Kehidupan | 6:21 AM |
Filed under:
Muhasabah Diri,
Tazkirah Diri
|
Semua manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Pada bulan Ramadhan ini pun, pahala amalan berpuasa turut berkurang tatkala kita hanya dipengaruhi tuntutan hawa nafsu yang membelenggu tanpa godaan syaitan yang telah diikat sebaik tibanya Ramadhan al-Mubarak ini. Teringat ana pada kata-kata abah sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari hospital dahulu.
“Masalah nak keluar rumah bulan puasa ni, kat rumah maybe 90% pahala yang ada. Bila dah keluar rumah ni, rasanya dah kurang banyak. Entah-entah 30% je. Manakan tidak, macam-macam fesyen pakaian yang dipakai.”
Betul kata-kata abah itu. Walaupun kita sudah menginjak penghujung Ramadhan sekarang, roh Ramadhan itu tetap tidak dapat dihayati sepenuhnya. Apatah lagi dengan kesibukan aktiviti seharian, bekerja ataupun belajar. Namun, bagi yang mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, pastinya mereka berlumba-lumba untuk mencari ganjaran pahala yang dijanjikan Allah S.W.T.
Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.
Di sinilah kita dapat melihat peranan istiqamah dalam kehidupan. Apakah selepas bulan Ramadhan berakhir, ibadat-ibadat sunat seperti bertadarus al-Quran, solat sunat atau sedekah yang dilakukan akan tamat di situ sahaja kemudian dilakukan kembali apabila bertemu Ramadhan yang seterusnya? Bagaimana kita ingin menjana istiqamah dalam kehidupan dengan berkesan?
Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu. Tetapi, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh.
Kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian. Ana sendiri kagum kepada muslimat yang memakai purdah. Cukup kuat pendirian mereka untuk melaksanakan salah satu perintah dalam menutup aurat itu.
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Ianya menjana kuasa yang berterusan dalam segala perbuatan yang dilakukan. Istiqamah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apa jua pengaruh dan cabaran. Sikap ini membolehkan seseorang itu terus berusaha untuk mencapai matlamat daripada usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan.
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu." Surah Al-Fushshilat: 30

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment