MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Selamat Berjuang Adikku! | 5:16 PM |
Filed under:
Me Myself
|
7 Oktober merupakan tarikh keramat bagi Razi. Inilah tarikh bermulanya perjuangan Razi dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Alhamdulillah, 27 September yang lalu, balutan fiber di kakinya telah dibuka. Namun, kesannya kelihatan di mana kaki kirinya itu membengkak. Sakit yang sampai ke tulang yang paling hitam, menyebabkannya tidak sedar langsung bilakah waktu tidurnya menahan kesakitan yang mencengkam.
Berdasarkan kata-kata doktor daripada temujanji-temujanji yang telah dihadiri, proses pemulihannya akan mengambil masa sehingga sekurang-kurangnya setengah tahun lagi. Selepas balutan fiber dibuka, kaki kiri Razi tetap tidak boleh digunakan kerana tulangnya masih lembut. Tongkat yang dipinjam daripada bapa saudara itulah peneman diri bagi memudahkan dirinya bergerak ke mana-mana.
Namun begitu, pertemuan dengan seorang tukang urut menjawab persoalan berkenaan kakinya yang bengkak. Rupa-rupanya ada tiga bahagian kaki kirinya yang retak, namun tidak dapat dikesan daripada imbasan x-ray di hospital. Syukur, tindakan mak abah itu sekurang-kurangnya membantu Razi bagi proses pemulihan yang akan mengambil masa.
“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.” Surah Ali Imran: 160.
Dalam diam, hati seorang ibu tetap risau memikirkan keadaan anak yang masih bertongkat itu. Bukan mudah melawan gelodak rasa kerisauan, apatah lagi memikirkan keadaan anak yang telah dikandung lebih sembilan bulan itu. Tetapi, usaha yang dilakukan serta doa yang dipanjatkan kepada Allah membantu menenangkan hati dan jiwa.
Abah juga tetap teguh tabah berdiri, dalam tanggungjawab dan peranan sebagai seorang bapa. Ikon lelaki yang gagah, kuat dan tidak gentar dengan ujian yang melanda. InsyaAllah, kesabaran dan ketabahan yang disemai akan menghasilkan hasil pengakhiran yang amat manis.
“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Thalaq: 3.

Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi, semoga kesabaran dan ketabahan Razi menghadapi ujian ini terbalas jua dengan kejayaannya dalam PMR serta kehidupan yang mendatang kelak. Amin... Selamat berjuang adikku sayang!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment