MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Perihal Guru | 3:42 PM |
Filed under:
Me Myself,
Muhasabah Diri
|
"Apa pendapat awak tentang guru?"
"Kalau dulu, orang-orang lama mengibaratkan guru sebagai lilin bukan? Pada pendapat saya, ia tidak lagi sesuai digunakan. Perubahan berlaku dan sebenarnya ada perkara lain yang lebih sesuai untuk dijadikan perumpamaan."
"Awak benar, pepatah guru sebagai lilin sudah tidak sesuai digunakan. Guru diibaratkan sebagai bulan di mana bulan menerima cahaya matahari, selepas itu memancarkannya ke seluruh alam sarwajagat. Begitu juga dengan guru, guru belajar dan menyampaikannya pula di dalam kelas."
Dialog ini merupakan satu perbincangan antara ana dan kenalan yang merupakan seorang guru sandaran di bumi Sabah. Pandangannya, membenarkan tanggapan ana bahawa guru tidak boleh lagi diibaratkan sebagai lilin.
Masih ana ingat sewaktu di sekolah rendah, pasti sajak-sajak yang dibacakan penuh perasaan tatkala sambutan Hari Guru menyebutkan kepentingan menghormati dan menyayangi guru. ‘Guru ibarat lilin, yang membakar dirinya untuk menerangi kita.’ Bait-bait sajak yang dibaca penuh emosi agar menyentuh hati para pendidik.
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahayaNya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Surah An-Nur: 35
Qudwah hasanah = Suri teladan yang baik
Apa kaitan guru dengan qudwah hasanah?
Seseorang muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, pertuturan, malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya.
Ini bermakna sebagai seorang guru, dia haruslah menunjukkan contoh baik yang boleh diteladani oleh pelajar-pelajarnya daripada segala aspek; akhlak, moral dan nilai-nilai murni.Namun begitu, bertambah indahlah dunia andai guru dapat menjadi qudwah hasanah, sekaligus sebagai da’ie yang berdakwah kepada mad’unya (pelajar).
Tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar kerana mereka menyampaikan dakwah kepada lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Da’ie wajib menyampaikan dakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka.
Seperti guru juga, mereka perlu menyampaikan ilmu pengetahuan mengikut tahap kebolehan pelajar, bukan main semberono sahaja. Maka, seseorang guru haruslah mempunyai sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.
Melalui pembacaan akhirnya ana menemui satu artikel, ‘Jangan Jadi Lilin’ oleh Ustaz Hasrizal. Penjelasan yang lebih mantap dan ilmu yang tersirat banyak terdapat pada artikel tersebut. Bacalah.
Hakikatnya, adalah sukar untuk menjadi sesempurna idea dan impian. Namun begitu, langkah untuk mencapai hasrat dan impian tersebut tidak boleh dihentikan lantaran kita sebagai seorang Muslim dituntut untuk mengubah diri ke arah kebaikan.
Ikhlaskan diri dan niat kerana Allah. Selamat berkhidmat dan berjuang, wahai guru!
Guru..dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi seorang guru..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
2 Comments:
assalamualaikum dan salam perkenalan;
Guru besar peranannya, bak kata ini,"Tangan yang menggengam kapur bakal menggoncang dunia"
namun tugas dan tanggungjwab guru bukanlah semudah mengajar A.B.C
waalaikumussalam wbt..slm perkenalan kmnli buat ummu masyita..
benar kata ummu,bkn mudah..cukup berat tanggungjawab dan amanah y digalas..
insyaAllah,moga diri ini mampu mendidik.bkn sekadar menjadi muallim ttp berjuang menjadi seorang murobbi..amin..
Post a Comment