
MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah![]()
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-Husna![]() Demi Masa![]() Hari Ini![]() KalendarHabib AlbiNikmat Allah![]() Sahabat![]() Ukhwah![]() Sahabat Iqra'![]() Islam Inside![]() Knowledge Seeker![]() FollowersFacebook BadgeLabels
|

Perihal Perubahan | 9:56 PM |
Filed under:
Muhasabah Diri
|

Perubahan.
Semua manusia inginkan perubahan. Tiada yang mahukan perkara yang sama sepanjang hayat mereka. Tiada yang ingin melihat diri mereka berada di takuk yang lama, samada dalam keluarga, organisasi atau komuniti.
Manusia sendiri perlu berubah, seiring dengan kematangan diri dan kedewasaan usia. Mungkin kepercayaan, keyakinan atau pendirian lama yang dipegang dahulu harus dilepaskan pergi. Tetapi, tidak bermakna ia menjadi suatu titik perubahan yang merefleksikan keseluruhan kehidupan itu. Berubahlah ke arah kebaikan, dan jangan biarkan esok hari menjadi sia-sia.

“...Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” Surah Ar-Ra’d: 11.
Apabila manusia berada dalam zon yang selesa, mereka akan berasa puas hati. Mereka akan menggenggamnya erat-erat, tanpa mahu melepaskannya. Zon itu adalah selamat bagi mereka, tidak perlu untuk mereka bersusah-payah mencapainya kembali. Tetapi, dalam setiap kumpulan atau organisasi itu, pasti akan ada kelompok yang berjuang untuk melakukan perubahan.
“Kadangkala, pemimpin yang tua ingin berundur dari tampuk kekuasaan tetapi para pengikutnya yang setia terus menarik dirinya supaya dia tidak berundur. Apabila hal ini berlaku, lama-kelamaan organisasi menjadi organisasi yang tradisional dengan pemimpin tua. Organisasi seperti ini sering mempunyai masalah konflik dan politik dalaman. Para pegawai dan pekerjanya saling tuduh-menuduh dan fitnah-memfitnah antara satu sama lain. Apabila dibiarkan, organisasi seperti ini susah hendak berubah. Pemimpin yang dihasilkan bukan pemimpin yang berorientasi masa hadapan, sebaliknya melihat ke belakang. Tenaga mereka habis bagi menguruskan hal-hal yang tidak perlu. Setiap perubahan dianggap sebagai ancaman. Sesiapa yang cuba membawa perubahan tidak diberikan ruang bergerak.” Rhenald Kasali, Ph.D.
Sedikit kata-kata yang diambil daripada buku Change! Berubahlah! hasil karya Dr. Rhenald Kasali. Fikir-fikirkan perkaitan kata-kata ini dengan keadaan kita di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment