Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Ukhwah dan Kenangan 5:25 PM

Uhibbukunna ya sahabat


Salam ceria penuh kerinduan dari bumi Terengganu. Kini ana sudah berada di rumah, bersama family tersayang. Kala ini hujan tidak berhenti mencurah ke bumi, maklumlah musim tengkujuh sudah tiba. Kesejukan yang melanda, menggigit hingga ke tulang hitam. Muhasabah diri harus sentiasa dilakukan. Hujan itu satu rahmat, panas juga satu kenikmatan. Terima ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi dengan hati yang lapang. =)

Hmm, sepanjang perjalanan pulang ke Terengganu 25 Nov lalu, pelbagai perkara bermain di fikiran. Apa tidaknya, ana akan meninggalkan alam belajar di UTHM dan bakal melangkah ke alam lain pada bulan Januari nanti. Banyak cabaran dan ujian yang sedang menanti di hadapan tatkala bakal bergelar guru praktikal. Mampukah ana mendidik anak bangsa, membimbing dan menunjuk ajar bagi yang tidak tahu. Dalam diam, sebenarnya ana sendiri mempunyai visi dan misi apabila bakal menjalani latihan mengajar di bumi Serambi Mekah, Kelantan. InsyaAllah, keinginan dan matlamat yang terpahat dalam sudut hati ini akan cuba dilaksanakan. Doakanlah agar tercapai hasrat ini.. =) Ana teringat pesanan seorang ketua, bring Islam where ever you go, what ever you do, what ever you are. Semoga diri ini mampu untuk membawa nilai-nilai Islam dalam diri, dengan akhlak yang terpuji.
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maa'ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh", Surah al-A'raaf ayat 199.

Dalam ana meninggalkan sahabat-sahabat yang masih berjuang di sana, Siti dan Ebah; Ejat dan Rathma terlebih dahulu meninggalkan kami. Hmm..sedihnya. Teresak-esak juga kala sesi perpisahan berlaku. Semoga ikatan persahabatan kita berlima terus erat, tanpa luntur dek masa yang berlalu. Sayangnya Wani pada kalian, hanya doa yang mampu dititipkan, semoga kita semua bahagia dan mendapat rahmat limpah kurniaNya. Jangan lupakan kenangan kita, pahit manis, senda tawa, memori bersama kekal dalam ingatan, insyaAllah.
"dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (iaitu mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk", Surah ar-Ra'd ayat 21.

Terima kasih sahabatku, mohon maaf juga andai ada sebarang kekhilafan yang tidak disedari diri ini. Buat teman-teman lain, syukron jazilan juga untuk segala-galanya. Ukhwah yang terbina insyaAllah tidak akan dilupakan, bertemunya kita dengan izin Allah, dan berpisahnya juga kita dalam pemerhatianNya. Perpisahan yang berlaku diredhai dengan hati yang tenang, tanpa ada sebarang perasaan terkilan atau sebagainya kerana insyaAllah, semua perkara telah dilalui dan diteladani hikmahnya.

3 Comments:

Anonymous said...

walaupun teman tidak berada di depan mata, tidak bermakna perpisahan harus berlaku...

walaupun jauh dimata, tidak semestinya harus jauh di mata...

Shazwani Mazuki said...

insyaAllah..
teman-teman tetap di hati..=)

Miss X said...

"Barang siapa yang bertemu dan berpisah kerana Allah, maka akan disediakan sebuah daerah disyurga buat mereka kembali bermahabbah"