Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Mujahadah 2:21 AM

Subhanallah, Maha Suci Allah


2 hari tak menulis di blog. Bukan tak dibuka, tetapi tiada idea. Buntu. Jari seakan freeze sekejap. Pelbagai aktiviti dilakukan, tambahan pula final exam baru selesai, kesibukan itu melanda. Daripada mengemas barang-barang yang berkotak-kotak, makan-makan, menikmati keindahan sunset di Senggarang, jalan-jalan satu petang =) macam-macamlah pendek kata.

"Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Namun orang-orang yang kafir berpaling dari peringatan yang diberikan kepada mereka". Surah al-Ahqaf, 3.

"Dan tidakkah mereka memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Dia tidak merasa payah kerana menciptakannya, dan Dia kuasa menghidupkan yang mati? Begitulah, sungguh, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu". Surah al-Ahqaf, 33.

Besarnya keagungan yang Maha Pencipta. Dia berkuasa mencipta segala sesuatu. Detik matahari terbit dan terbenam walaupun dikira secara lisan; 1, 2, 3 tetap tidak mampu dikejar kala matahari hilang daripada pandangan. Kerdilnya diri terasa, lemahnya diri di sisi Pencipta. Maha Suci Allah yang mencipta sesuatu, namun adakah manusia yang ingin mengambil pengajaran?

Kita soroti kisah manusia akhir zaman ini, di kala mentari terbenam, pasangan berduaan mengambil peluang bersama-sama. Romantik kononnya. Tidak takut hukuman Allah terhadap apa yang dilakukan. Ana sering memperingatkan diri dan sahabat, apabila satu titik hitam telah bertompok di hati dan tiada usaha untuk menghilangkannya, maka dosa yang bakal dilakukan selepas itu akan dilakukan tanpa perasaan bersalah. Contoh yang paling mudah ialah ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Daripada berteman apabila bertemu lelaki untuk urusan kerja, kini berdua apabila menjadi couple. Benar, adalah satu kesyukuran apabila diri yang telah terlalai sedar kembali, balik ke pangkal jalan dan bertaubat. Taubat yang sebenar-benar taubat. Bukan main-main, harus disusuli dengan amal dan hati yang bersih, membenci maksiat yang pernah dilakukan.

Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

  • Jika ia mencintai Allah dan RasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
  • Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
  • Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

Semoga Allah memelihara diri ini yang amat lemah dan kerdil. Mujahadah Muslimah melawan tribulasi dan mehnah kehidupan.

3 Comments:

Anonymous said...

manusia itu mudah lupa. sebab itulah kita kena saling mengingati.

Anonymous said...

salam wani...
sunset la bukan sunrise...huhu..

Shazwani Mazuki said...

salam..
=)
thanz a lot for d correction..