Asma ul-Husna

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers


Car Wash Program for Sinar D Acheh 2:08 AM

Basuh, basuh.. =)

Alhamdulillah semalam (31 hb Oktober) program 'Car Wash' bagi membantu dana untuk Sinar D Acheh 2 telah berjalan dengan lancar. Syukur pada Allah atas nikmat yang diberi, cuaca yang redup bagai melindungi kami daripada sinar panas mentari. Apatah lagi program berjalan hingga ke petang. Kenderaan staf dan pelajar tidak putus-putus tiba, bagai menyatakan keinginan untuk turut menyumbangkan sedikit sebanyak sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim di bumi Acheh. Umum mengetahui kejadian tsunami yang berlaku pada tahun 2006 ini telah menyebabkan kemalangan jiwa dan harta benda yang amat dahsyat di sana. Betapa besarnya keagungan Allah, apabila masjid yang didirikan dapat tetap teguh berdiri sedangkan binaan lain, tumbang rebah menyungkur di bumi. Subhanallah, Allah Maha Besar.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?", Surah Ar-Rahman, ayat 13.

Kehadiran sahabat-sahabat ana di bumi Acheh buat kali kedua menjelang Idul Adha nanti bakal memberi sinar kegembiraan buat mereka. Alangkah beruntungnya kita di sini, bersama-sama keluarga tersayang dan kawan-kawan, bergembira dan hidup senang tanpa kesusahandan kesukaran seperti mereka di sana. Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat yang diberi. Moga kita sentiasa muhasabah diri, insaf terhadap penderitaan dan kesusahan orang lain.
"Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik", Surah Al-A'raaf, ayat 56.


Kala membersihkan bahagian dalam kereta, ana terhenti seketika. Tiba-tiba terasa sedih dan sebak apabila mengenangkan semua program dan ukhwah yang terjalin akan ditinggalkan bagi meneruskan perjuangan dalam semester hadapan (latihan mengajar). Terasa sayang untuk meninggalkan segala kenangan manis dan penat berprogram. Ana cukup yakin merasakan perasaan rindu bakal bertandang di hati apabila teringatkan sahabat-sahabat; ukhwah yang terjalin cukup berbekas di hati ini.

Memori bersama =)