MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Corat-Coret PSM 2 | 1:27 PM |
Filed under:
Me Myself
|
"Apa pun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Allah mereka bertawakal". ~ Surah Asy-Syura, ayat 36.
Sepanjang menjalankan kajian untuk PSM 2 (Projek Sarjana Muda), abahlah yang banyak membantu selain bimbingan daripada penyelia. Alhamdulillah, Allah memudahkan segalanya tatkala terdapat beberapa halangan dan kekangan yang memerlukan tindakan cepat dan drastik. Terima kasih yang tak terhingga untuk abah dan mak tersayang dan juga Pn Mimi..=)
PSM mengajar erti kesungguhan dalam berusaha dan membuat yang terbaik semaksima yang mungkin. Syukur ke hadrat Ilahi atas kemudahan dan kelancaran yang diberikan dalam pembentangan baru-baru ini. Mungkin senyuman yang banyak terukir di wajah kala presentation berjalan menyebabkan ana tidak berasa gentar walaupun pada awalnya, ana berasa agak bimbang. Benarlah, persediaan yang rapi amat membantu kita dalam menghadapi apa jua perkara yang berlaku. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh panel penilai dapat dijawab dengan baik, dan ada juga saat penilai sengaja menguji kefahaman dan kemampuan diri sewaktu sesi soal jawab.
Teringat ana pada sesi pembentangan PSM 1, dinilai oleh lecturer yang boleh dikatakan agak digeruni oleh kebanyakan pelajar di fakulti ana. Hmm, kini beliau sudah tiada di bumi UTHM, menyambung PhD di luar negara. Disebabkan cadangan beliaulah, ana mengambil sebuah sekolah sahaja sebagai sampel kajian kerana sekolah tersebut yang dilihat mempunyai masalah dalam pelaksanaan pengajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam BI. Terima kasih En Badar.. =)
Ana tertarik untuk memetik sebuah nukilan hasil tulisan seorang Sahabat Iqra'.
"Seorang rakanku yang berasal dari Kulai, Johor. Insan ini tidak dapat untuk menghadiri seminar PSM kerana penyelianya tidak membenarkannya berbuat demikian. Sekeping surat dihantar oleh penyelia kepada kedua-dua panelnya untuk menyatakan siswa ini tidak dibenarkan untuk bentang hasil projeknya. Mengapa tidak boleh bentang, sedangkan projeknya dapat dihasilkan dengan sempurna? Sumber dari penyelianya, dia hanya berjumpa dengan penyelia tiga kali sahaja dalam satu semester. Salah seorang dari kedua panel siswa ini masih lagi bertimbang rasa untuk membenarkan insan ini membentangkan projeknya. Berjaya untuk satu bahagian. Bagaimana dengan bahagian satu lagi? Markah yang dikuasai oleh panel hanya 25% sedangkan markah yang ada pada penyelia adalah sebanyak 75%. Walaupun panel membenarkan tetapi penyelia tidak membenarkan.
Dua orang lagi rakanku yang masing-masing berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Kluang, Johor. Kedua-dua ini diletakkan di bawah satu penyelia yang sama. Penyelia berpangkat Professor. Kertas Seminar dihasilkan dengan sempurna, cuma projek mereka tidak menjadi. Satu arahan yang dimasukkan ke dalam programming, arahan lain pula yang dilaksanakan oleh robot tersebut. Apa yang penyelia mereka kata adalah “Kalau awak bentang pun, saya cuma boleh bagi awak D”. Kerana? Projek mereka tidak jadi dengan sempurna. Semester ini menyaksikan kedua-dua siswa yang berada di bawah penyelia yang sama kembali semula ke UTHM pada semester akan datang.
Ini kisah penyelia yang sanggup beri ‘D’ kepada siswa di bawah seliaannya, bagaimana jika anda ditetapkan dengan panel seperti ini? Yang akan membentangkan hasil projek anda di hadapannya? Ya! Tiga orang sahabatku, yang mana panel ini tidak mahu melihat pembentangan mereka. Mudah panelnya berkata “I Don’t want to see your scrap, I just want to see your last project”. Lalu siswa tersebut mempamerkan hasil projeknya. Ternyata tidak berfungsi. Jika anda di situasi siswa ini, apa yang anda akan lakukan? Pasti anda akan berkata “I will show you my video that have function last night” yang bertujuan untuk backup projek anda yang tidak jadi. Inilah yang dilakukan oleh siswa tersebut. Agak-agaknya, apakah yang dikatakan oleh panelnya? “I just want to see you project that was function on my eye only, I don’t want to see you video”. Kata panel ini. Apakah perasaan anda?"
Mungkin untuk fakulti pendidikan seperti ana hanya terdapat sedikit kisah seperti di atas. Satu perkongsian daripada lecturer yang ana kagumi tentang perbezaan lecturer pendidikan dan kejuruteraan;
1 + 1 = 2 (lecturer kejuruteraan ~ rigid @ tetap)
1 + 1 = 11 @ 1 kuasa dua (lecturer pendidikan ~ pelbagai @ diubahsuai mengikut kefahaman)
Subjek psikologi yang diajar kepada pelajar berteraskan pendidikan menerapkan elemen memahami emosi dan perbezaan individu. Kecerdasan manusia yang pelbagai turut menjadi satu ilmu dalam memahami kebolehan manusia yang berbagai-bagai, bukan spesifik pada satu perkara sahaja. Apa pun, inilah sebenarnya kehidupan. Ada turun naik, ada suka dan duka. Sekali di bawah, sekali di atas. Terpulang bagaimana kita melihat perkara tersebut sebagai input pengalaman kehidupan.
"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman". ~ Surah Ali-Imran, ayat 139.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment