Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Pemansuhan PPSMI 5:53 PM


Beberapa hari sebelum ini, ana teringat kepada janji Menteri Pelajaran tentang pengumuman keputusan kajian pelaksanaan PPSMI pada awal Julai. Kebetulan pula, keesokannya ana mendengar berita tentang pengumuman hasil kajian tersebut. Dan semalam, tamatlah sudah penantian tentang hasil kajian yang dijalankan.

Tak perlu diulas lagi tentang apa yang telah dinyatakan. Kita semua telah mendengar dan menerima segala keputusan yang telah dibuat. Pemansuhan tiga tahun lagi. Dan tiga tahun itu cukup lama untuk apa-apa perubahan pula. Tengok dan lihat. Duduk dan perhati.

Namun begitu, ucapan terima kasih perlu diberi kerana hasil keputusan kajian pelaksanaan PPSMI ini seiring dengan keputusan hasil kajian Projek Sarjana Muda (PSM) ana, 'Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar dalam Mata Pelajaran Kejuruteraan Mekanikal'. Tiga objektif yang cuba dicapai terjawab dengan soal-selidik yang telah diberi kepada pelajar-pelajar Tingkatan Lima kursus Kejuruteraan Mekanikal yang menunjukkan penguasaan pelajar adalah kurang memberangsangkan. Tesis yang telah selesai dijilid pada tahun lepas turut dihantar ke Kementerian Pelajaran sebagai syarat kajian telah dilakukan di Sekolah Menengah Teknik. PPSMI atau PPSMTI, tetap sama syaratnya, pemansuhan pada tahun 2012.

2 Comments:

Helme Zulkipli said...

salam...

harapnya PPSMI (Pada Persepsi Seorang Mahasiswa Intelektual) mampu menjadikan PPSMI (Proses Pemantapan Semula Minda Intelek)

(".)/

Shazwani Mazuki said...

salam kembali..
tertarik dengan nama baru bg singkatan PPSMI..
cadangan utk saudara emie: artikel tentang 'Proses Pemantapan Semula Minda Intelek'.. =)