MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Cinta, Mujahadah & Perkahwinan | 4:51 PM |
|
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah yang menciptakan segala kehidupan di dunia. Dengan nama Allah yang mewujudkan segala perasaan di relung hati. Dengan nama Allah yang mengetahui betapa hati sedaya upaya melawan gelojak 'fitrah' yang diciptakan. Cinta.
Hmm...bukan senang melawan perasaan yang wujud. Baru-baru ini ana disoal melalui SMS oleh seorang adik di UTHM, “Apa pandangan akak tentang cinta dalam Islam di mana kedua-duanya menjaga pergaulan dan saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan?”. Ana tersenyum lantas menjawab, apabila belum sampai masanya, tidak perlulah terjebak dengan perasaan itu. Dibimbangi hilang cinta Allah dan pelajaran terganggu lantaran teringat segala kata-kata nasihat yang diberi atau yang lebih tepat, orangnya. Hati. Hati itu yang paling penting dijaga, takut terjebak dalam zina hati. Malam itu juga terus ana emelkan jawapan panjang lebar daripada seorang ustaz yang ada dalam folder tazkirah, semoga jawapan itu menjawab segala persoalan yang timbul di fikirannya.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah: 216.
Benar. Apabila kita telah terjatuh, kita akan bangkit kembali. Dan benar, apabila kita sedar daripada dosa yang telah dilakukan, kita bertaubat dan menjaga diri daripada mengulangi kembali apa yang pernah dilakukan. Istiqamah dalam menjaga ibadat dan mujahadah melawan hawa nafsu bagi mengikis noda hitam yang berkarat di hati. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa terkadang hati hampir kalah dalam berperang dengan perasaan, tetapi alhamdulillah, kalimah kesyukuran yang wajib diucapkan. Adalah satu kejayaan peribadi apabila kita berjaya dalam melawan perasaan. Ingatlah, jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu.
Kebetulan, pagi tadi di satu saluran radio terkenal ada seorang pemanggil yang mengutarakan masalah perkahwinannya. Apabila ana mendengar perbualan telefon antara deejay dengan kedua-dua pasangan suami isteri itu, ana lantas teringat pada artikel Ustaz Hasrizal. Kata Ustaz Hasrizal dalam dua artikel berasingan:
“Ketika dibius cinta, kita menafikan segalanya. Bahawa cinta dan rumahtangga kita indah semuanya. Tidak akan diuji sedemikian rupa. Sebagaimana semasa melihat kematian, kita sering melihat kematian itu kematian orang lain, tanpa pernah meletakkan diri di ketentuan itu. Biar pun mati itu pasti, kita yakin ia bukan giliran kita. Masih punya masa, masih punya ketika. Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal menggapai awan. Sebelum anda dibius cinta…soallah diri sejauh mana anda bersedia?”
“Terimalah rumahtangga sebagai sebuah medan perjuangan. Penyertaan kita ke dalamnya dengan segala kelengkapan, bukanlah jaminan kepada kemenangan. Kita tidak tahu apakah bentuk musuh yang bakal menyerang, tidak pasti bagaimanakah peritnya pertempuran yang bakal melanda. Namun sekurang-kurangnya dengan persediaan yang baik di sebuah permulaan, doa kita kepadaNya tidak palsu kerana ia dilafaz selepas usaha. Sesungguhnya permulaan yang baik, bukanlah suatu jaminan. Ia hanya sebuah permulaan…”
Ya Allah, semaikan kami dengan ikhlasnya cinta. Marilah kita bersama dalam meraih cinta dan redhaNya!
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
2 Comments:
Wani..ketika dibius cinta nih ada dlam aku terima nikahnya 2...
=) ye jat..
skdr perkongsian berdasarkan pengalaman & kehidupan..
Post a Comment