Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Kerjakanlah Jika Engkau Tidak Malu 8:27 PM


Persoalan tentang punca-punca keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang menjadi barah dalam masyarakat Melayu beragama Islam sudah disebut dan dicanang beribu-ribu orang yang prihatin dengan saudara seagamanya, mungkin beratus ribu jumlahnya. Pelbagai faktor yang dikatakan punca masalah ini berlaku seperti kekurangan perhatian ibu bapa, pengaruh rakan sebaya serta media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Langkah-langkah penyelesaian diberi bagi mengatasi masalah tersebut namun begitu, tiada apa-apa perubahan yang berlaku melainkan peningkatan kes jenayah ataupun kerosakan akhlak yang semakin menular dan membusung. Program dan jalan penyelesaian yang dicadangkan dan digunapakai tidak berjaya. Kenapa? Mengapa?

Iman dan malu. Bukankah iman itu senipis kulit bawang. Malu itu pula sebahagian daripada iman. Sekiranya iman itu berkurang, bukankah malu juga akan berkurang? Sejak dari dahulu, kesimpulan yang ana perolehi ialah, apa jua perkara yang menyalahi hukum-hakamNya pasti berpunca daripada iman yang rapuh. Tidak ada perasaan takut kepada Allah yang Maha Melihat. "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah..." Surah Ar-Rad : 11

Rasulullah S.A.W bersabda, "Apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah daripada hati atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan Ilahi atas gerak geri, yang menyebabkan terpelihara zahir dan batin daripada segala perbuatan dan unsur-unsur yang membawa kepada kemurkaan Allah.

Malu seperti inilah yang dikatakan malu kepada Allah. Orang yang malu kepada Allah bersifat taqwa di mana sahaja dia berada. Tetapi orang yang malu kepada manusia, adalah kerana manusia. Malunya akan hilang apabila tiada manusia. Adakalanya pula, dia tidak lagi malu kepada manusia dengan kelakuannya yang durjana atau menjolok mata apabila manusia di sekitarnya adalah seperti dirinya.

Malu menurut ajaran Rasulullah adalah kebaikan semuanya. Malu tidak mendatangkan kecuali dengan yang baik dan Rasulullah sendiri adalah seorang yang pemalu yang mana malunya melebihi malu seorang gadis dalam biliknya. Hadis Rasulullah, "Bahawa apabila Allah berkehendak kebinasaan kepada seorang hamba, maka dicabut perasaan malu daripadanya. Dan tidak engkau dapati melainkan ia seorang yang benci lagi dibencikan. Setelah itu ditinggalkan pula perasaan amanah daripadanya. Dan engkau dapatinya seorang khianat lagi mengkhianati, seorang yang telah kehilangan perasaan rahmat atau belas kasihan. Kemudian itu jadilah ia seorang yang kasar lagi keras kelakuannya. Dicabut daripadanya ikatan imannya dari tengkuknya. Akhirnya engkau memandang dia bukan lagi sebagai insan (manusia) tetapi sebagai syaitan yang durjana."

Tidak malu pula bererti tidak sopan, tidak beradab, tidak berbudi pekerti dan tidak mempunyai tata tertib. Jika tidak ada semua ini, segala sesuatu boleh dibuat tanpa menghitung apa akan terjadi, malahan membiarkan sahaja apa akibatnya kelak.

Islam yang syumul amat mengutamakan peradaban baik dalam ibadat, dalam pergaulan, dalam masjid mahupun perhimpunan lain di segala tempat. Di antara peradaban itu ialah memelihara kesopanan peribadi menurut erti kata tidak menempatkan sesuatu yang memalukan atau merendahkan maruah atau mengerjakan perkara yang terlarang dan tidak sesuai dengan kedudukan diri. Ketiadaan pemeliharaan ini menyebabkan seseorang tidak lagi mempunyai nilai hidup yang sebenarnya. Apalah erti hidup andainya seseorang tidak lagi menganggap malu itu satu perasaan yang amat mempengaruhi dirinya hingga kerananya ia tidak lagi mempunyai rasa malu kepada penciptanya, Allah S.W.T dan kepada manusia dalam masyarakatnya. Wallahualam.

2 Comments:

Nurhidayah Jaafar said...

Setuju...
Jika baik segumpal darah itu, baiklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati, tempat letakkan iman dalam diri.

Saya cdgkan agar anti menukar template blog ni ke warna yang lebih cerah. Saya lihat kebanyakan entri anti adalah artikel dan huraian yang mengambil masa dan mood untuk membacanya. Maka, penggunaan warna yang cerah membantu melahirkan mood yang baik di kalangan pembaca.

sekadar pandangan.

Shazwani Mazuki said...

Syukron jazilan atas cadangan ini kak Hidayah.. =)
insyaAllah,sy akan cuba apabila bkesempatan kelak..