
MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat Allah
Sahabat
Ukhwah
Sahabat Iqra'
Islam Inside
Knowledge Seeker
FollowersFacebook BadgeLabels
|

| Cinta Biasa yang Luar Biasa | 7:19 AM |
|
Comments (1)
Filed under:
Me Myself,
Muhasabah Diri
|
|

Suatu masa dahulu, ana cukup teruja apabila membaca tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati. Tambahan pula pada waktu itu ana baru sahaja khatam buku Aku Terima Nikahnya karangan Ustaz Hasrizal. Terasa bagaikan mendapat ilmu yang tidak semena-mena dapat direfleksikan kepada kedua ibu bapa ana.
Ustaz Pahrol menceritakan keadaan ibu saudaranya yang mempunyai cinta biasa tapi luar biasa. Orang dulu-dulu, pasangan ditentukan oleh keluarga. Anak-anak di kala itu taat menurut kehendak ibu bapa. Kini bagaimana? (.”) Ana tak berniat untuk highlight pada perkara tersebut, cuma ana ingin menceritakan tentang bagaimana persefahaman pasangan itu. Di kala si isteri merajuk, si suami tahu bagaimana cara memujuk, tolong melipat kain bersama-sama sebagai contoh. Lantas, si isteri menjadi sejuk, kemarahan hilang begitu sahaja. Satu pemikiran ibu saudara Ustaz Pahrol ialah; fikirkan tentang kesukaan dan kegembiraan si suami. Perkara yang mengundang rasa tidak senang si suami dielakkan dan dijauhkan.
Ustaz Hasrizal pula di hujung bab Aku Terima Nikahnya melakarkan di dalam alam perkahwinan itu ada ibu, ayah, anak. Tetapi, tetap ada yang dua itu iaitu suami dan isteri. Pengakhiran yang cukup menarik dan sudah membuat ana tertarik untuk mencari karya ustaz yang terbaru iaitu Bercinta Hingga Ke Syurga.
Inilah yang ana ingin coretkan, perasaan kasih sayang antara mak abah ana. Apabila kami adik-beradik yang belajar jauh balik bercuti, waktu inilah yang menjadi peluang kepada kedua ibu bapa kami untuk keluar berdua. Yalah kan, setelah lama duduk berempat di rumah, biarlah pula kami yang tua ini menjaga yang kecil (,”). Tapi, waktu berkualiti itu bukan sahaja terangkum pada waktu berdua, tetapi juga pada komunikasi yang berkesan. Setelah melayari bahtera perkahwinan selama 24 tahun, pasti mak abah mempunyai pelbagai kenangan sepanjang tempoh tersebut.
Pada suatu ketika, ana kongsikan apa yang telah dibaca kepada mak abah. Tentang pertanyaan seorang isteri kepada suaminya, “Abang, bahagiakah kita?”. Termenung si suami. Hakikat bahagia itu adalah ketenangan. Ya, bahagia. Syukur, sepanjang perkahwinan mereka bahagia, kerana tetap tenang walaupun pelbagai ujian menjelma. Lumrah manusia, ujian adalah tarbiyah daripada Allah.
Hanya kepada Allah kesyukuran dipanjatkan kerana dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Ahmad Mazuki bin Ngah dan Fazillah binti Zit. Syukur ya Allah, kurniaan ibu bapa yang tidak terperi kasih sayangnya kepada kami. Hargailah kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada. Kurniakanlah pahala membaca al-Quran kepada mereka, semoga itu menjadi bekal mereka menghadap Ilahi kelak.
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” Surah al-Israa, ayat 24.
| Selamat Hari Lahir...3 Mei 2009... | 5:59 PM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|

Belaian Ibu
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya kau satu di dunia
Bertakhta di kau di jiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu
| Isu Ini | 7:41 AM |
|
Filed under:
Tazkirah Diri
|
|

Sewaktu ana berada di bumi UTHM atas urusan penganugerahan konvokesyen dan penempatan guru, berita tentang status agama anak di bawah umur baru keluar. First time tajuk besar di Berita Harian itu dibaca sudah membuat ana berasa takut. Pelbagai benda terfikir, hingga menyebabkan kawan ana yang ada di sebelah pun tertanya-tanya apa yang menakutkan.
Kini, pelbagai ulasan diberi oleh pemerhati yang prihatin. Ana sedut sedikit komentar daripada Ustaz Zaharuddin.
"Pelbagai artikel ditulis dalam hal ini, saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang apa yang telah ditulis. Fatwa dari empat mazhab turut disertakan. Secara ringkasnya, majoriti mazhab berpandangan anak akan menjadi Islam secara automatik sama ada ayah atau ibunya menganuti Islam. Manakala mazhab Maliki pula hanya meletakkan kemasukan Islam secara automatik itu hanya berlaku jika si ayah yang menganuti Islam. Justeru itu, menurut pandangan keempat-empat mazhab, kes yang berlaku di Malaysia ini, anak turut automatik menjadi Islam.
PKPIM juga ada mengeluarkan kenyataan yang baik, di samping menyertakan beberapa kes lama yang boleh dijadikan panduan dalam menetapkan sikap terhadap kes terbaru ini, iaitu :-
"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam melawan Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.
"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga.
"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,"
Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya turut serta menganuti islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.
Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan."
Wallahualam...ya Allah, peliharakanlah kami. Bantulah kami untuk memelihara akidah yang satu ini serta jauhkanlah kami daripada fitnah dan cubaan yang melemahkan kami. Allah akbar!
| Golongan Hitam dan Kematian | 10:54 PM |
|
Filed under:
Tazkirah Diri
|
|

Ada sekelompok manusia yang dilimpahi rezeki oleh Allah dan dikurnia kesesatan dan kekuatan jasmani. Namun demikian, mereka lalai, tidak bersiap-siap untuk menghadapi maut yang datang sekonyong-konyong. Bahkan mereka tenggelam dalam kezaliman. Sampai maut pun menjemput saat mereka mengerjakan amal yang buruk. Ketika kematian benar-benar datang, mereka ingin kembali ke dunia. Bukan untuk berdagang atau menambah harta. Bukan pula untuk berjumpa sanak saudara. Hanya satu tujuan; memperbaiki keadaan diri, agar Allah redha dengan mereka.
Tetapi Allah telah memutuskan bahawa mereka tidak mungkin lagi dikembalikan ke dunia. Mereka itulah ahli maksiat dan yang bergelimang dengan dosa. Maka maut yang datang baginya adalah siksa dan penderitaan. Mereka telah dipisahkan (tidak dapat bertemu) dengan al-Khaliq ar-Rahman.
Inilah kematian, yang menjadi gerbang alam akhirat. Apa yang terjadi sesudah kematian jauh lebih ngeri dan dahsyat. Ya, keadaan di dalam kubur lebih ngeri dan dahsyat. Berapa banyak tubuh yang indah dan wajah yang tampan dengan lidah yang fasih sekarang menjerit di dalam kubur. Menyesali amal yang diperbuat dan takut bertemu dengan Allah.
"(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan". Surah al-Mu’minuun ayat 99-100.
| Kisah Genius | 11:53 PM |
|
Filed under:
Muhasabah Diri
|
|
Setelah sekian lama, dapat juga ana membuka dan membelek, mengambil isi pengajaran dan ilmu daripada web kegemaran, Saifulislam.Com. Bukan atas dasar kesibukan atau ketiadaan masa untuk membuka web ini, namun atas dasar laman kegemaran ini tidak boleh diakses di sekolah tempat ana praktikal baru-baru ini. Pelik, hairan bin ajaib.
Hmm..tersentuh ana membaca coretan Ustaz Hasrizal tentang 'Sukarnya Menjadi Genius'. Teringat ana sewaktu menjalankan satu program pada semester lepas. Seseorang dalam kumpulan ana telah berjaya membuat ana merasa tercabar. Tahu kenapa? Rentetan cerita bermula...
Library UTHM telah menjemput adik Adi Putra untuk beberapa sesi talk bersama mahasiswa mahasiswi pada tahun lepas. Ana dan sahabat berpeluang pergi mendengar dan menyaksikan sendiri kepetahannya berbicara. Sungguh, di hati ini mendoakan kesejahteraannya, semoga adik Adi Putra terpelihara, berjaya menghadapi segala ujian yang mendatang, atas kelebihannya yang tidak semua orang ada. Genius, pintar dan bijak.
Namun begitu, seseorang yang ana kenali dalam suatu program telah menyamakan adik Adi Putra dengan Suffiyah (kebetulan program tersebut berlangsung tatkala negara heboh dengan cerita Suffiyah). Kata-katanya yang cukup tajam benar-benar membuat ana berasa geram. Bukankah sepatutnya kita sebagai seorang Islam sepatutnya mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita. Tidakkah dia terfikir, sekiranya orang yang dikritik sedemikian rupa adalah ahli keluarganya, apakah perasaannya dikatakan begitu? Tidak adakah sekelumit perasaan sayang dan kasih pada adik Adi Putra yang mendapat kelebihan begitu?
Semoga kata-kata Ustaz Hasrizal pada ayat terakhir coretan tersebut turut didoakan oleh muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya. Amin...
"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)." Surah al-Baqarah ayat 269.
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." Surah Huud ayat 112.
| Akhirnya... | 10:52 PM |
|
Filed under:
Me Myself
|
|
Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas segala limpah kurniaNya. Lawatan kursus Kejuruteraan Mekanikal berjaya dijalankan walaupun pelbagai perkara datang sepanjang usaha untuk merealisasikannya. Banyak perkara yang dipelajari, dan banyak perkara yang dapat diambil pengajarannya. Bukan mudah namun tidak sukar andai ada keinginan dan keazaman yang kuat.
Kini, ana dan sahabat-sahabat sudah pulang ke rumah masing-masing, bersama seribu satu kenangan sepanjang praktikal di SMTTM. Minggu terakhir yang telah berlalu membuahkan memori manis, dirai dalam majlis perpisahan, sesi bermaaf-maafan dan sebagainya. 
Terima kasih teman. Terima kasih sahabat, Rathma, Kak Cah, Nazmi dan Fairul. Terima kasih juga buat guru pembimbing, Cikgu Hasram dan guru-guru lain atas bimbingan dan nasihat. Sebagai bakal guru, ya, banyak lagi perkara untuk dipelajari. Panjang lagi laluan kami, seperti mana kata Cikgu Wan Zainuddin. Tak lupa, terima kasih buat anak-anak didik. Doa mengiringi kehidupan kalian, semoga menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Pertemuan kita, cukup untuk menyemai perasaan sayang, sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya.
"...'Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana", Surah al-Baqarah ayat 32.
| Biarkan Pergi | 9:38 AM |
|
Filed under:
Tazkirah Diri
|
|

ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. DIA telah menyusun segala perancangannya untuk kita. Sebagai manusia biasa yang lemah & kerdil di sisiNYA, kita hanya mampu berdoa dan berharap di samping berusaha agar dijauhkan daripada fitnah, ujian @ bebanan yang tidak tertanggung.
Sebagaimana lirik lagu yang mungkin pernah didengar bermain di telinga, "ujian adalah tarbiyah dari ALLAH", sebagaimana itu jugalah sebenarnya hikmah sebenar ujian @ dugaan yang kita hadapi. Ujian sebagai pemangkin untuk meningkatkan keimanan kepada ALLAH.
Tidak mudah untuk kita melawan kata hati yang inginkan kebaikan dan perkara-perkara yang kita rasakan baik untuk kita. Tapi,perhatikan ayat 216 surah al-Baqarah,
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Biarkanlah perasaan benci pergi. Ya,betul. Susah untuk memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain hingga menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup. Namun, ALLAH jualah Maha Mengetahui hikmah sebenar sesuatu kejadian.
Banyakkan bersabar, ingat, ada hikmah untuk segala yang berlaku. Ada kata-kata, adalah luar biasa kiranya kejahatan dibalas dengan kebaikan. Tahu cerita Hamka? Ulama Indonesia. Beliau dihina, dipenjarakan sewaktu pemerintahan Suharto atas perbezaan fahaman. Tapi, Hamkalah yang menyembahyangkan jenazah Suharto sewaktu kematiannya walaupun terlalu banyak kezaliman telah dilakukan terhadap beliau. Murni hatinya, walaupun kehidupannya dijalani di penjara atas perkara yang bukan kesalahan.
Akhir kalam, hayatilah antara firman ALLAH ini;
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." - Surah At-Taubah ayat 129
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12
| ~ Teman ~ | 8:23 AM |
|
Filed under:
Muhasabah Diri
|
|

Teman yang baik adalah umpama hujan yang menyejukkan, mentari yang menghangatkan dan cahaya yang menutupi kegelapan.
Dari pandangan mata, kita berpaut penglihatan. Dari pandangan hati, kita saling kasih mengasihi. Bukan hanya kasih dan bukan sekadar sayang, kita semua bersama atas dasar keikhlasan dan kejujuran yang hadir dalam diri kita.
Bukan mudah untuk mencari teman yang baik. Kadang-kala ia sudah berada di hadapan mata tatkala persepsi kita sahaja membiarkan ianya berlalu sahaja tanpa disedari. Kadang-kala jua, teman yang baik berasal daripada seorang insan yang pernah mengkhianati kita, tetapi cahaya hidayah dan keinsafan membuatkan dirinya kembali ke landasan yang betul kerana dia tersedar daripada khayalan diri yang diselubungi syaitan dan nafsu.
Keikhlasan dan kejujuran tidak boleh diukur. Kerana ia tersimpan di dalam hati. Yang sukar dijangka dan diketahui oleh orang lain. Apatah lagi kepercayaan tulus, yang juga bukan mudah untuk dilihat melalui pandangan mata. Semua hanya mampu dinilai oleh pandangan hati yang telus. Niatkan diri kita sebelum berteman kerana ia adalah permulaan kepada ukhwah yang sejati. Berdoalah kepada Allah agar dipertemukan sebuah persahabatan yang akan memanfaatkan diri. Yang akan meninggalkan memori silam yang bakal menghasilkan kebahagiaan yang kekal.
Belajarlah untuk menerima teman yang memperbaiki kita dan belajarlah juga bagaimana untuk menutupi kelemahan teman kita. Jadikan persahabatan itu medan perjuangan diri menuju ke jalan Allah. Berkata-kata baik dan berbudi bahasa sesama teman. Kelak nanti ia akan menguntungkan kita. Jika ada kesalahan, maafkanlah. Jika ada kelemahan, perbaikilah. Dan jika ada kebaikan padanya, contohi ia. Marilah bersama-sama meniti jambatan kejayaan.
| Why She Won't Wear Hijab! | 9:17 AM |
|
Filed under:
Tazkirah Diri
|
|

Interesting article..A Discussion by A.Q. Alidost
A conversation for Muslim sisters:
"I'm so tired."
"Tired of what?"
"Of all these people judging me."
"Who judged you?"
"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab." And he(/she) is indeed a failure who corrupts it [the soul]!"
[Holy Quran 91:10]
Subhanallah!!!
"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting." [Holy Quran: 87:16-17]
"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."
[Holy Quran: 3:110]
"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"
"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"
"Maybe she was just giving you advice."
"I don't need her advice. I know my religion. Can`t she mind her own business?"
"Maybe you misunderstood. She was just being nice."
"Keeping out of my business, that would be nice..."
"But it's her duty to encourage you do to good."
"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good`?"
"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
"Says who?"
"It's in the Qur'an, isn't it?"
"Yes. She did quote me something."
"She said Surah Nur, and other places of the Qur'an."
"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."
"True. But big things start with small things."
"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."
"What you wear is not important?"
"That's what I said."
"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
"What do you mean?"
"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
"So?"
"So, your appearance is important."
"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."
"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Holy Qur'an?"
"You know I can't follow all that's in Qur'an."
"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
"Yes. God is forgiving."
"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
"Says who?"
"Says the same book that tells you to cover."
"But I don't like hijab, it limits my freedom."
"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What`s your definition of freedom anyway?"
"Freedom is in doing whatever you like to do."
"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."
"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."
"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."
"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"
"So all these people with hijab never get married?!"
"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"
"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
"That's irrelevant, bank robbery is a crime."
"Disobeying your Creator is not a crime?"
"But then who would hire me?"
"A company that respects people for who they are."
"Not after 9-11"
"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"
"Yasmeen?"
"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."
"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"
"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"
"You didn't answer my question."
"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"
"That's called `fashion`, you live in a cave orsomething? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."
"Really? I did not know men could control women by hijab."
"Yes. That's what it is."
"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
"Well, that's different."
"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"
"Right, but…"
"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set
you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
"Wait, let me finish, I was saying…"
"Saying what? You think that men control women by hijab?"
"Yes."
"Specifically how?"
"By telling women how and what to wear, dummy!"
"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be `attractive'?"
"Of course, it's fashion."
"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
[Silence]
"Not just controlling you, but also controlling the market."
"What do you mean?"
"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
"I don't get it. What does hijab have to do with products."
"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."
"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"
"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism."
"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"
"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."
"Fine."
"Fine."
[Silence]
"Shut up and I don't want to hear more about hijab niqab schmijab Punjab!"
[Silence]
She stared at the mirror, tired of arguing with herself all this time. Successful enough, she managed to shut the voices in her head, with her own opinions triumphant in victory on the matter, and a final modern decision accepted by the society - but rejected by the Faith:
"Yes!" - to curls on the hair - "No!" - to hijab!

© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com







