Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Cinta Biasa yang Luar Biasa 7:19 AM



Suatu masa dahulu, ana cukup teruja apabila membaca tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati. Tambahan pula pada waktu itu ana baru sahaja khatam buku Aku Terima Nikahnya karangan Ustaz Hasrizal. Terasa bagaikan mendapat ilmu yang tidak semena-mena dapat direfleksikan kepada kedua ibu bapa ana.

Ustaz Pahrol menceritakan keadaan ibu saudaranya yang mempunyai cinta biasa tapi luar biasa. Orang dulu-dulu, pasangan ditentukan oleh keluarga. Anak-anak di kala itu taat menurut kehendak ibu bapa. Kini bagaimana? (.”) Ana tak berniat untuk highlight pada perkara tersebut, cuma ana ingin menceritakan tentang bagaimana persefahaman pasangan itu. Di kala si isteri merajuk, si suami tahu bagaimana cara memujuk, tolong melipat kain bersama-sama sebagai contoh. Lantas, si isteri menjadi sejuk, kemarahan hilang begitu sahaja. Satu pemikiran ibu saudara Ustaz Pahrol ialah; fikirkan tentang kesukaan dan kegembiraan si suami. Perkara yang mengundang rasa tidak senang si suami dielakkan dan dijauhkan.

Ustaz Hasrizal pula di hujung bab Aku Terima Nikahnya melakarkan di dalam alam perkahwinan itu ada ibu, ayah, anak. Tetapi, tetap ada yang dua itu iaitu suami dan isteri. Pengakhiran yang cukup menarik dan sudah membuat ana tertarik untuk mencari karya ustaz yang terbaru iaitu Bercinta Hingga Ke Syurga.

Inilah yang ana ingin coretkan, perasaan kasih sayang antara mak abah ana. Apabila kami adik-beradik yang belajar jauh balik bercuti, waktu inilah yang menjadi peluang kepada kedua ibu bapa kami untuk keluar berdua. Yalah kan, setelah lama duduk berempat di rumah, biarlah pula kami yang tua ini menjaga yang kecil (,”). Tapi, waktu berkualiti itu bukan sahaja terangkum pada waktu berdua, tetapi juga pada komunikasi yang berkesan. Setelah melayari bahtera perkahwinan selama 24 tahun, pasti mak abah mempunyai pelbagai kenangan sepanjang tempoh tersebut.

Pada suatu ketika, ana kongsikan apa yang telah dibaca kepada mak abah. Tentang pertanyaan seorang isteri kepada suaminya, “Abang, bahagiakah kita?”. Termenung si suami. Hakikat bahagia itu adalah ketenangan. Ya, bahagia. Syukur, sepanjang perkahwinan mereka bahagia, kerana tetap tenang walaupun pelbagai ujian menjelma. Lumrah manusia, ujian adalah tarbiyah daripada Allah.

Hanya kepada Allah kesyukuran dipanjatkan kerana dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Ahmad Mazuki bin Ngah dan Fazillah binti Zit. Syukur ya Allah, kurniaan ibu bapa yang tidak terperi kasih sayangnya kepada kami. Hargailah kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada. Kurniakanlah pahala membaca al-Quran kepada mereka, semoga itu menjadi bekal mereka menghadap Ilahi kelak.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” Surah al-Israa, ayat 24.

1 Comments:

Faris Adli said...

bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerna bersyukur itulah tanda orang mukmin