Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Akhirnya... 10:52 PM

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas segala limpah kurniaNya. Lawatan kursus Kejuruteraan Mekanikal berjaya dijalankan walaupun pelbagai perkara datang sepanjang usaha untuk merealisasikannya. Banyak perkara yang dipelajari, dan banyak perkara yang dapat diambil pengajarannya. Bukan mudah namun tidak sukar andai ada keinginan dan keazaman yang kuat.

Kini, ana dan sahabat-sahabat sudah pulang ke rumah masing-masing, bersama seribu satu kenangan sepanjang praktikal di SMTTM. Minggu terakhir yang telah berlalu membuahkan memori manis, dirai dalam majlis perpisahan, sesi bermaaf-maafan dan sebagainya.



Terima kasih teman. Terima kasih sahabat, Rathma, Kak Cah, Nazmi dan Fairul. Terima kasih juga buat guru pembimbing, Cikgu Hasram dan guru-guru lain atas bimbingan dan nasihat. Sebagai bakal guru, ya, banyak lagi perkara untuk dipelajari. Panjang lagi laluan kami, seperti mana kata Cikgu Wan Zainuddin. Tak lupa, terima kasih buat anak-anak didik. Doa mengiringi kehidupan kalian, semoga menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Pertemuan kita, cukup untuk menyemai perasaan sayang, sebagai seorang kakak kepada adik-adiknya.



"...'Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana", Surah al-Baqarah ayat 32.

0 Comments: