Asma ul-Husna

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers


Dugaan & Musibah 7:37 AM

"Apa perbezaan musibah dengan dugaan?"

"Pada pendapat saya, kedua-duanya adalah perkara yang sama. Apa yang membezakannya ialah pandangan seseorang pada kalam tersebut. Contohnya, katakan A ditimpa kemalangan jalan raya. Bagi A, kejadian tersebut merupakan satu ujian buatnya bagi menyemai perasaan bersabar dan tabah dalam kehidupan. Namun begitu, mungkin pandangan B (seorang teman A) berbeza. B menganggap kemalangan tersebut sebagai satu musibah terhadap A lantaran sikapnya yang sering menyakiti hati teman-teman dan orang sekeliling."

Dialog ini sekadar satu perkongsian pendapat antara ana dan seorang sahabat lama. Ukhti tersebut meluahkan isi hatinya kepada ana, kebetulan majlis perkahwinannya pada minggu hadapan. Barangkali perasaan gementar dan risau menyebabkan dia berfikir perkara-perkara ini. Sebagai sahabat lama, sokongan dan kata-kata semangat sahaja yang mampu diberi agar dia terus melayari kehidupan sebagaimana adanya.

"...kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan..." Surah Al-Anbiyaa': 35.

"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)." Surah Al-Baqarah: 156.

"Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur." Surah Al-A'raf: 144.

Allah adalah satu-satunya penolong. Serahkan semua urusan kepada Allah, bertawakal kepadaNya, percaya kepada janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan daripadaNya. Inilah sebahagian daripada buah keimanan yang paling besar dan merupakan salah satu daripada sifat mukmin yang paling mulia.

Manusia tidak akan mampu melawan setiap bencana dan mencegah setiap malapetaka dengan kekuatannya sendiri lantaran manusia memang diciptakan sebagai makhluk Allah yang sangat lemah. Mereka hanya akan mampu menghadapi semua itu dengan baik apabila mereka bertawakal kepada Allah, percaya sepenuhnya kepada perlindunganNya dan menyerahkan semua perkara kepadaNya.

"Hasbunallah wa ni'mal wakil..." Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung...