Asma ul-Husna

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers


Fitnah Di Hati 11:36 PM

Fitnah di hati. Bukan mudah dan senang untuk menghindarinya. Mujahadah yang tinggi diperlukan bagi menghapuskannya dari jiwa. Terkadang diri dibuai impian dan angan yang menggunung, namun sedarlah diri. Di mana kaki berpijak, di mana segala urusan qada' qadar telah ditentukan oleh Allah yang Maha Berkuasa.

"Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan hawa nafsunya." Sabda Rasulullah S.A.W.

"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." Surah Al-Baqarah: 191


Di antara penyebab terjerumusnya seseorang ke dalam fitnah:
* Kesediaan hati menerimanya.
* Mendahulukan pendapat peribadi di atas hukum syarak.
* Menerima jawatan yang tidak mampu dilaksanakan.
* Sibuk berbicara tanpa bekerja.

Di antara kesan fitnah:
* Membuat manusia lupa terhadap kebenaran yang sebenarnya.
* Menipiskan agama.
* Menghilangkan akal.
* Tidak mendengar nasihat.

Di antara penyelamat dari segala fitnah:
* Tidak menuntut hak dalam urusan dunia.
* Faham terhadap agama.
* Melepaskan diri dari fitnah dan sebab-sebabnya.
* Tidak memegang jawatan dalam fitnah.
* Berdoa agar terjaga dari kejahatannya.
* Hati mengingkari fitnah tersebut.
* Beramal soleh.