MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Pandangan Mata | 10:50 AM |
Filed under:
Tazkirah Diri
|
Sudah hampir dua bulan ana habis pengajian, alhamdulillah. Namun, kerinduan menghadiri kuliah, membuat assignment dan sebagainya sewaktu alam belajar kadangkala mencengkam jiwa. Alangkah seronoknya jika dapat belajar lagi, Rasulullah sendiri menekankan kepentingan menuntut ilmu. Jika tidak, tiada pula hadis baginda seperti ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’.
Sementelahan ana mempunyai banyak waktu lapang di rumah, inilah saatnya ana menghabiskan masa dengan membaca. Belek, belek dan baca, ana tertarik dengan buku Taman Orang-Orang Cinta & Rindu karangan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Buku ini dibeli sewaktu Karnival Membaca yang dianjurkan oleh library UTHM dua tahun lepas.
Pasti semua pernah mendengar kata-kata, dari mata jatuh ke hati. Tiadalah Allah menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Nikmat penglihatan yang diberi olehNya haruslah digunakan sebaiknya, tanpa disalahgunakan. Sayangnya, ramai yang melepaskan pandangan tanpa ada sesuatu yang menahan.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).” Surah Al-Imran : 14
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” Surah An-Nur : 30-31
Peliharalah nikmat penglihatan yang diberi, semoga dengan pandangan yang baik akan menghasilkan hati yang suci bersih. Hadis Rasulullah;
“Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka seluruh tubuh akan menjadi baik dan jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal darah itu adalah hati.”
Manfaat menahan pandangan mata:
1. Membersihkan hati daripada derita penyesalan
2. Mendatangkan cahaya dan keceriaan di hati
3. Mendatangkan kekuatan firasat yang benar
4. Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan segala ilmu
5. Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian
6. Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan
7. Membebaskan hati daripada tawanan syahwat
8. Menutup pintu neraka Jahanam
9. Menguatkan dan mengukuhkan akal
10.Membebaskan diri daripada syahwat yang memabukkan dan kelalaian yang melekakan.
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
2 Comments:
Subhanallah...
Alhamdulillah ana telah menemukan media tuk mempelajari and saling sharing tentang islam...
Moga bermanfaat buat ana khususnya,kalo bisa kirim di email ana (zakiya_mujahidahsejati@yahoo.com)
Salam ukhwah utk zakiya..
blh saja ambil ape y ana postkn di blog ini..
mg bermanfaat utk semua.. =)
Post a Comment