Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Poligami 9:54 PM

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih dari 2 orang pasangan hidup. Terdapat 2 jenis poligami iaitu poligini iaitu seorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan poliandri, wanita yang mempunyai lebih daripada seorang suami. Di dalam Islam, poligini yang terhad dibenarkan manakala poliandri ditegah sama sekali.

Mengapa seseorang dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri?
- Quran adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut “kahwinlah seorang sahaja.” Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud, atau Bible boleh ditemui batasan had jumlah isteri yang dibenarkan.

Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja.” Surah An-Nisa ayat 3.

- Sebelum al-Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki yang mempunyai ramai isteri. Ada yang hingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat orang isteri dengan syarat dapat berlaku adil kepada semua isteri.

- Secara am, ada 5 perkara yang dibolehkan dan ada yang tidak boleh dalam Islam:
a. Fardhu iaitu wajib atau perlu
b. Mustajab iaitu disyorkan atau digalakkan
c. Mubah iaitu dibolehkan atau dibenarkan
d. Makruh iaitu tidak digalakkan atau disyorkan
e. Haram iaitu dilarang atau tidak dibenarkan

- Poligini ini termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu perkara-perkara yang dibenarkan.

- Purata hayat seorang wanita melebihi lelaki. Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.

- Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat waita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan janda melebihi jumlah duda.

- Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki. Di Great Britain, jumlah wanita melebihi jumlah lelaki sebanyak 4 juta. Wanita di Jerman pula melebihi jumlah lelaki sebanyak 5 juta. Di Russia, kaum wanita melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Di Amerika Syarikat (AS), wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. Yang menyedihkan, AS secara keseluruhannya mempunyai lebih dari 25 juta homoseks (gay dan lesbian). Sekiranya setiap lelaki sejati di AS hanya beristeri satu, terdapat 30 juta wanita di AS yang tidak dapat bersuami. Begitu juga dengan negara-negara lain.

- Hanya terdapat dua pilihan bagi wanita yang tergolong dalam golongan tersebut sama ada berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi maksud milik awam tersebut. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.

- Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua. Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligini terhad, tetapi tujuan utamanya ialah untuk memelihara maruah wanita.


~ Teringat ana pada kenangan sewaktu berada dalam Tahun 6. Arwah guru ana ada bercerita tentang poligami dan payung emas buat si isteri yang memberi keizinan buat si suami untuk berkahwin lain. Rakan sekelas ana waktu itu bertanya, 'Nur, nak payung emas tak?' =) Cukuplah coretan ini untuk perkongsian kali ini. Terima kasih buat sidang redaksi Tinta Emas atas artikel Poligami ini. ~

2 Comments:

Lisam said...

isu berkenaan poligami ni senantiasa dibangkitkan dan dibincangkan dikalangan wanita2. ramai diantara mereka yang faham agama memahami kelebihan membenarkan si suami beristeri lain yakni dimadukan, tapi bila ditanya adakah mereka sanggup dimadukan, kebanyakan mereka lebih mengambil jalan tidak mahu menjawab atau menyerah saja pada ketentuan Allah..^_^

Anonymous said...

saya pernah buat tugasan tentang poligami ni..sikit lagi diupload kat website saya..jgn lupa buka..farisadli.via.my