Asma ul-Husna

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers


Muhasabah Diri 9:36 PM

"Cikgu, kenapa seseorang suka bersedih dan muram?"

"Kenapa dia sedih dan muram? Mesti ada punca dan sebab kenapa dia berubah laku."

"Dia seorang yang periang dulu, tapi sekarang dah berubah, jadi muram berpanjangan dan panas baran."

"Cuba selidik kenapa dia berubah laku. Tapi step-by-step. Bukan straight forward, tanya begitu saja. Secara psikologinya, seseorang suka berkongsi perasaannya apabila dia percaya kepada orang tersebut. Bina kepercayaan dan beri semangat padanya."

"InsyaAllah. Tapi cikgu, kenapa perasaan sedih dan muram harus ada dalam diri kita?"

"Sesungguhnya perasaan sedih itu sendiri ditiupkan oleh syaitan. Cikgu sarankan buku La Tahzan, cubalah baca. Buku itu sangat bagus, penuh motivasi untuk diri. Tapi, Al-Quran itu lebih utama dibaca kerana hati kita sendiri mendapat ketenangan daripada ayat-ayatnya. Kalau boleh, amalkan membaca Al-Mathurat kerana ada doa memohon dijauhkan daripada perasaan sedih dan resah gelisah."

Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.” Surah Ali-Imran: 139

Sekadar diskusi ringkas bersama salah seorang pelajar. Teringat ana pada pesanan seorang teman. Katanya, ‘Platform sebagai guru sangat membantu dalam dakwah sesama Islam. Guru bertindak sebagai dai’e, berdakwah kepada pelajar-pelajarnya (mad’u).

Namun begitu, salah faham dan silap meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya menjadikan salah satu tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah terabai. Bukankah kita harus saling nasihat menasihati ke arah kebaikan, mendoakan kesejahteraan sesama saudara di samping mengeratkan ikatan silaturrahim yang telah terjalin?

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi)

2 Comments:

~najihah faizah azaman~ said...

salam. lama x menyinggah ke sini. smg baik2 sj.:)

posting ini buat sy rasa teruja nak lalui hidup. hurm. kalau kita tak sedih dan muram, kita takkan hargai dan tahu erti gembira.

Shazwani Mazuki said...

salam alaik..alhamdulillah,mg najihah begitu jg.. :)

itulah hidup kita,penuh warna warni..corakkan mengikut warna yang sesuai namun masih tekal tegap berlandaskan agama..

salam ukhwah ya ukhti.. ;)