Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Hormat @ Respect 12:32 AM

Satu artikel yang dibaca ada mengatakan, berpeganglah kepada tiga R iaitu:

1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

Apa yang dikatakan dengan hormat di sini? Adakah sekadar bercakap lemah lembut, bersopan santun atau bertingkah laku dan bertata tertib mengikut norma-norma masyarakat sekitar? Satu persoalan buat semua insan, tidak kira apa jua profesion yang diceburi. Hatta dalam keluarga sendiri, kita harus dan wajib hormat pada kedua ibu bapa selagi suruhan yang diberi tidak melanggar hukum syariat Islam.

Sayangnya, dalam kelompok masyarakat hari ini, terdapat golongan yang sengaja mencipta kekalutan, menempelak pendapat dan hujah orang lain tanpa memikirkan dan menghiraukan perasaan insan tersebut. Apatah lagi sekiranya insan yang ditempelak itu melakukan perkara yang benar, cuma barangkali cara atau medium yang digunakan tidak sesuai. Firman Allah:

"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia". ~ Surah al-Israa' (ayat 53)

Jelas di sini bahawa syaitan sentiasa membisikkan kata-kata jahat, agar dapat menimbulkan perselisihan faham seterusnya perbalahan di kalangan yang bersaudara. Bukankah setiap anak Adam itu bersaudara? Sebagaimana kita mahu orang menghormati kita, sebagaimana itu juga kita perlu menghormati orang. Hormatilah pendapatnya, perkongsian idea atau apa jua yang dikatakan olehnya. Sekiranya apa yang dikatakannya tidak benar, atau terpesong dari jalan Islam, barulah ditegur dengan lembut dan penuh hikmah. Islam agama yang syumul, kelembutan juga yang bisa melenturkan kekerasan dan kedegilan.

"Dan mereka diberi petunjuk kepada ucapan-ucapan yang baik dan ditunjuki (pula) kepada jalan (Allah) yang terpuji". ~ Surah al-Haj (ayat 24).


Wallahualam. Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hambaNya yang menzalimi diri sendiri dan ahli keluarga.

2 Comments:

Hazwan Mohd Nor said...

teruskan perjuangan. semoga berjaya sebagai bakal pendidik. semoga Allah merahmati kehidupan anda.

teruskan berblog!

cikgu_sipil said...

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam
seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara, antaranya:

HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Teruslah usahamu dalam berjuang k..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam...