Asma ul-Husna

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers


Parenting Love 4:48 PM

Alhamdulillah cuti sekolah tiba jua selepas hampir dua bulan ana di SMTTM. Terubat rasanya rindu pada mak abah dan adik-adik. Walaupun dua orang lagi adik ana tiada di rumah kerana masing-masing di kampus, kami pasti akan berjumpa lagi pada bulan Mei nanti, insyaAllah. Hanya mesej dan panggilan telefon sahaja bagi menghilangkan kerinduan.

Malam itu, ana mengusap tangan ibu yang telah melahirkan ana. ”Nur saja nak pegang tangan mak, hari tu masa kat sekolah Nur teringat tentang bagaimana nak menunjukkan kasih sayang pada mak ayah”. Ana bagi set induksi dulu; “Kalau seorang bayi yang tidak cukup bulan, sentuhan kasih sayang seorang ibu padanya dapat memberi satu semangat padanya bagi berjuang meneruskan kehidupan”. Maknanya, bagi anak-anak, perasaan sayang dan kasih pada ibu bapa boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara, terpulang kepada seseorang itu sendiri.

Teringat ana pada kata-kata seseorang; “Ibu bapa telah dicipta oleh Allah dengan perasaan cinta dan sayang pada anak-anak. Tetapi, anak-anak tidak. Perhatikan dalam al-Quran, ayat-ayat yang menyuruh anak-anak untuk mengasihani dan berbakti kepada kedua ibu bapa”. Sebab itulah dapat kita perhatikan anak-anak zaman sekarang yang begitu tega sekali menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang-orang tua. Seorang lecturer ana dulu pernah mengeluarkan pendapatnya; “Tidak hairanlah jika sekiranya anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua kerana sewaktu anak-anak menjadi bayi, mereka diasuh dan dijaga di nurseri disebabkan ibu bapa bekerja”. Fikirkan-fikirkan.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah al-Israa’ ayat 23.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada diri kami kesempatan untuk berbakti dan membalas jasa kedua ibu bapa kami. Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, taat kepada ibu bapa. Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil. Sesungguhnya hanya kepadaMu ya Allah tempat kami memohon pertolongan dan berserah diri. Amin...”

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." Surah al-Israa’ ayat 24.