Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Muslimah dan Aurat 10:28 AM




Sewaktu melangkah menuju ke kelas, mata ana menyorot satu poster berkenaan aurat wanita di papan kenyataan sekolah. Alhamdulillah ada usaha-usaha yang dilakukan oleh para ustaz dan ustazah berkenaan persoalan aurat ini. Badan Disiplin sekolah sendiri menetapkan pemakaian tudung labuh untuk pelajar perempuan. Bukanlah satu perkara yang asing bagi ana kerana sewaktu ana bersekolah di SMT Wakaf Tembusu sendiri, tudung labuh itulah yang dipakai sehari-hari hingga mendapat gelaran ustazah oleh kawan-kawan lelaki di kelas. Kelakar juga kalau diingat kembali detik-detik persekolahan di sana.

Ana memang merasa satu kejutan budaya memandangkan ana menyambung pelajaran daripada sekolah agama yang sudah pastinya kalangan sahabat ana adalah golongan hawa. Terkejut dan terkesima melihat pergaulan pelajar lelaki dan wanita yang memang tidak kena pada pandangan ana. Namun begitu, ana cukup beruntung kerana dilindungi dengan title anak cikgu. Abah ana yang bertugas sebagai guru di situ menjadi kekuatan buat ana berhadapan dengan perkara-perkara yang di luar kehidupan ana di sekolah agama dahulu. Alhamdulillah, niat untuk belajar bersungguh-sungguh menjadikan ana berkobar-kobar untuk menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Nama baik abah harus dijaga dan begitu juga maruah diri sebagai bekas pelajar sekolah agama.

Berbalik kepada persoalan aurat, baru-baru ini ana ditanya oleh seorang kawan lelaki tentang kenapa perempuan suka memakai baju yang ketat. Katanya, dia berasa cukup sedih menyaksikan tabiat ini, tidak adakah sekelumit perasaan malu dalam diri mereka? Emm, mereka pasti merasa cantik dan ingin kelihatan kurus serta ramping di khalayak ramai. Persoalan malu atau tidak ditolak ke tepi. Lagipun terlalu ramai yang berpakaian seumpama mereka. Inilah jawapan yang ana berikan padanya. Namun begitu, bukan semua wanita sedemikian rupa. Masih ada dan insyaAllah akan ada muslimah yang menjaga diri dan aurat mereka. Ana katakan tabiat pula kerana sekiranya menggunakan perkataan budaya, agak pelik dan janggal. Budaya untuk perkara-perkara baik sedangkan tabiat sesuai untuk perkara-perkara yang sebaliknya.

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur: ayat 30 – 31)

0 Comments: