Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Kasih Sayang dalam Lemah Lembut 8:37 AM


Dalam kehidupan, adakalanya kita bertemu dengan insan yang kaya budi bahasa dan pekerti yang mulia. Tapi, tidak kurang juga sisi pertemuan dengan insan yang 'kurang' etika dan kesedaran sivik. Terkadang kita menemui insan yang membuka hati dan minda kita ke arah yang lebih baik. Namun terkadang kita temui insan yang membuat kita risau dan bimbang atas landasan tiada titik persamaan dan keserasian.

Satu perkongsian cerita, tentang kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun. Adik bongsu ana, Zulhilman namanya.
"Iman ade rambutan, cikgu bagi. Abang Izul satu, Kak Na satu. Kak Nur, Iman minta maaf, ada dua je..."

Ini adalah perbualan kanak-kanak yang baru sahaja beberapa bulan belajar di tadika. Adakah remaja @ barangkali orang dewasa yang lebih berusia akan mengucapkan kata-kata begini? Lembut dan cukup terubat hati mendengar kata-kata yang baik. Bukan teringin pada buah rambutan tapi lebih tersentuh pada ayat yang diucapkan.

Sementelahan kanak-kanak pun boleh berkata yang baik-baik, apatah lagi jika seorang dewasa. Seseorang yang telah mengalami alam kedewasaan, dan mengetahui kehendak serta keinginan diri pastinya memahami bahawa setiap orang ingin dihormati.

Rasulullah s.a.w. sendiri cukup lembut pada kanak-kanak. Pada satu hari, Rasulullah s.a.w sedang bersujud dalam solatnya. Hasan, cucu baginda yang masih kecil datang lalu menaiki belakang baginda seolah-olah sedang menunggangi kuda. Rasulullah s.a.w terus diam dalam keadaan bersujud sehingga Hasan beralih dari belakangnya. Para sahabat yang melihat tertanya-tanya dalam hati betapa lemah-lembutnya baginda dengan anak kecil.

Oleh itu, mulakan hari ini. Berlemah-lembut pada semua dan rasakan kasih sayang yang wujud pada setiap ukhwah. Salam kasih sayang..

1 Comments:

Muhd Syafiq Mat Jap said...

Tahniah, entri yang sangat bermakna lagi bermanfaat...perkayakan lagi khazanah sebegini... ;)