Asma ul-Husna

Demi Masa

Hari Ini

Habib Albi

Habib Albi

Nikmat Allah

Nikmat Allah

Sahabat

Sahabat

Ukhwah

Ukhwah

Sahabat Iqra'

Sahabat Iqra'

Islam Inside

Islam Inside

Knowledge Seeker

Knowledge Seeker

Followers

Labels


Maal Hijrah 1430 & 2009 11:44 AM

Salam Maal Hijrah 1430 kepada semua muslimin dan muslimat. Awal Muharam kali ini menyaksikan dunia Islam yang terus mengalami pelbagai kemelut dan masalah yang melanda. Betapa kejamnya Israel yang terus-terusan melancarkan serangannya terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Terkutuk dan terlaknatlah mereka di bumi ALLAH ini! Di mana bantuan untuk anak-anak kecil, wanita dan orang tua yang merintih meminta bantuan saudara mereka di seluruh pelusuk dunia? Israel terang-terangan melakukan holocaust di bumi Islam, dan dunia hanya mampu mengutuk kejahatan dan kezaliman mereka.

Maal Hijrah 1430 ini turut menyaksikan sambutan tahun baru 2009 yang bakal berlaku tepat 12 malam nanti. Ana pasti, sahabat-sahabat yang ada menonton televisyen sewaktu cuti semester baru-baru ini ada terbaca satu iklan "Di manakah anda pada malam tahun baru nanti". Lebih kurang begitulah bunyinya. Hmm, stesen televisyen berebut-rebut menyiarkan berita tentang konsert atau apa saja sambutan tahun baru 2009 yang pastinya didatangi oleh artis-artis untuk membuat persembahan sementara menunggu detik 12 malam. Adakah mereka yang mengaku Islam melakukan ibadat yang sewajarnya sewaktu ketibaan Maal Hijrah yang baru berlalu? Doa akhir tahun dan awal tahun yang dibaca mungkin tidak meninggalkan kesan dalam jiwa dan rohani mereka.

Malaysia sendiri dihujani pelbagai perkara, isu laman blog yang menghina Rasulullah S.A.W., pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang bakal berlangsung 17 Januari nanti, isu hukum hudud yang telah lama diperkatakan dan banyak lagi isu lain. Dalam Harian Metro semalam, sebuah berita jelas terpampang yang memalukan golongan pendidik, 'Asmara Guru Pelatih'. Cukup memalukan! Isu gejala sosial yang sememangnya menjadi virus yang sukar dihapuskan dalam masyarakat kita semakin menjadi-jadi. Dalam Mastika keluaran Januari 2009, banyak perkara yang diperkatakan tentang sambutan tahun baru dan kelahiran anak luar nikah. Terlalu banyak perkara yang menyesakkan fikiran, takut menyelubungi diri lantaran generasi hari inilah yang bakal mencorak generasi masa hadapan. Semoga diri kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara kita terpelihara daripada pelbagai kebejatan yang berlaku. Wallahualam.

Sempena semester yang baru bermula semalam di kebanyakan IPTA Malaysia, ucapan selamat meneruskan perjuangan dititipkan. Kepada sesiapa yang membuat Projek Sarjana Muda (PSM) atau tesis, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH Taala. Doakan kejayaan bersama sementelahan ana dan sahabat-sahabat bakal menjalani latihan mengajar bermula 11 Januari nanti. Good luck!

Poligami 9:54 PM

Poligami bermaksud satu sistem perkahwinan yang mana seseorang mempunyai lebih dari 2 orang pasangan hidup. Terdapat 2 jenis poligami iaitu poligini iaitu seorang lelaki yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan poliandri, wanita yang mempunyai lebih daripada seorang suami. Di dalam Islam, poligini yang terhad dibenarkan manakala poliandri ditegah sama sekali.

Mengapa seseorang dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri?
- Quran adalah satu-satunya kitab suci agama di dunia yang menyebut “kahwinlah seorang sahaja.” Tiada dalam kitab agama lain, sama ada Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud, atau Bible boleh ditemui batasan had jumlah isteri yang dibenarkan.

Maka kahwinlah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja.” Surah An-Nisa ayat 3.

- Sebelum al-Quran diturunkan, tiada had untuk poligini dan ramai lelaki yang mempunyai ramai isteri. Ada yang hingga beratus-ratus. Islam meletakkan had sehingga empat orang isteri dengan syarat dapat berlaku adil kepada semua isteri.

- Secara am, ada 5 perkara yang dibolehkan dan ada yang tidak boleh dalam Islam:
a. Fardhu iaitu wajib atau perlu
b. Mustajab iaitu disyorkan atau digalakkan
c. Mubah iaitu dibolehkan atau dibenarkan
d. Makruh iaitu tidak digalakkan atau disyorkan
e. Haram iaitu dilarang atau tidak dibenarkan

- Poligini ini termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu perkara-perkara yang dibenarkan.

- Purata hayat seorang wanita melebihi lelaki. Lelaki dan wanita dilahirkan dengan anggaran nisbah yang sama. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai imuniti yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki. Atas sebab ini, semasa umur pediatrik lagi, terdapat lebih kematian di kalangan lelaki berbanding perempuan.

- Semasa peperangan, lebih ramai lelaki terkorban berbanding wanita. Lebih ramai lelaki mati akibat kemalangan dan penyakit berbanding wanita. Purata jangka hayat waita lebih tinggi daripada lelaki dan pada bila-bila masa jua, bilangan janda melebihi jumlah duda.

- Populasi wanita di dunia melebihi populasi lelaki. Di Great Britain, jumlah wanita melebihi jumlah lelaki sebanyak 4 juta. Wanita di Jerman pula melebihi jumlah lelaki sebanyak 5 juta. Di Russia, kaum wanita melebihi lelaki sebanyak 9 juta. Di Amerika Syarikat (AS), wanita melebihi lelaki sebanyak 7.8 juta. Yang menyedihkan, AS secara keseluruhannya mempunyai lebih dari 25 juta homoseks (gay dan lesbian). Sekiranya setiap lelaki sejati di AS hanya beristeri satu, terdapat 30 juta wanita di AS yang tidak dapat bersuami. Begitu juga dengan negara-negara lain.

- Hanya terdapat dua pilihan bagi wanita yang tergolong dalam golongan tersebut sama ada berkahwin dengan suami orang atau menjadi milik awam. Rasanya tidak perlu diperjelaskan lagi maksud milik awam tersebut. Sesiapa yang bermaruah pasti memilih yang pertama.

- Islam mementingkan kedudukan yang terhormat untuk wanita dengan membenarkan pilihan pertama dan tidak membenarkan pilihan kedua. Terdapat beberapa sebab lain mengapa Islam membenarkan poligini terhad, tetapi tujuan utamanya ialah untuk memelihara maruah wanita.


~ Teringat ana pada kenangan sewaktu berada dalam Tahun 6. Arwah guru ana ada bercerita tentang poligami dan payung emas buat si isteri yang memberi keizinan buat si suami untuk berkahwin lain. Rakan sekelas ana waktu itu bertanya, 'Nur, nak payung emas tak?' =) Cukuplah coretan ini untuk perkongsian kali ini. Terima kasih buat sidang redaksi Tinta Emas atas artikel Poligami ini. ~

Mujahadah wal Hubb 11:47 AM

Ada yang bertanya, apa maksud mujahadah tatkala ana menjadikan Mujahadah Muslimah sebagai medium untuk ana menyatakan rasa hati dan cetusan fikiran yang terlintas di minda. Ada yang bertanya, ada ke yang nak baca blog ni? Apa faedah buat blog ni? Hmm..tersenyum ana. Biarpun seintifi sedikit sumbangan yang ada pada wadah ini, ia sudah cukup membuatkan ana berasa seronok. Cukuplah sekiranya cetusan yang terlintas di hati dan minda dapat dicoretkan dan dipaparkan pada skrin maya.

Mujahadah. Ada sebab tersendiri yang menjadikan mujahadah ini menjadi nama pada blog kesayangan ini. Sifat mujahadah itu sendiri menjadikan ana kuat berpegang teguh pada tali ertinya. Berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri, itulah erti mujahadah. Dalam bidang psikologi, nama yang dipilih itu sendiri merupakan satu cerminan diri kita. Sebagai contoh, ada sahabat muslimah yang menamakan emelnya sebagai khazinatul asrar, khazanah rahsia yang tersimpan; dengan harapan dirinya menjadi seorang muslimah yang penuh dengan sifat muslimah yang solehah. InsyaAllah.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21;
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Ayat di atas merupakan satu asbab untuk bermujahadah khususnya bagi para rijal. Hubb. Cinta. Virus yang melanda para remaja. Sememangnya perasaan untuk kasih mengasihi ini ada pada semua orang, dan setiap insan tidak akan terlepas daripada ujian perasaan yang Allah turunkan pada setiap hambaNya. Ana tertarik pada satu artikel dalam I Luv Islam, ‘Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu’. Tajuknya cukup menarik bukan? Cinta diibaratkan sebagai virus berwarna pink, lembut dan indah warnanya. Dan tatkala hati dilanda cinta, bukan cinta pertama yang sememangnya dikuasa vetokan untuk Allah, maka sesiapa yang ada padanya iman dan takwa, pasti terfikir, betulkah perasaan ini? Apatah lagi apabila perasaan cinta yang berada di luar lingkup perkahwinan menyebabkan seseorang itu lalai. Solat tiada kekhusyukan kerana teringatkan pada si dia. Semoga sesiapa yang hampir dan telah terjebak bermujahadah, muhasabah diri, benarkah tindakan yang dilakukan. Muqarrabahlah (mendekatkan diri dengan Allah) supaya dapat mengekang perasaan yang lahir dalam hati itu.

Jauh ana meleret bukan? Apapun, persoalan cinta ini tidak akan tamat, kerana sentiasa ada generasi, umat Nabi Muhammad S.A.W yang lahir di muka bumi sehingga akhirat kelak.

Kadangkala kita terlupa siapa diri kita yang sebenarnya, sujud di atas tikar menyembah Ilahi, di kala selesai hilang rasa cinta Rabbani. Keredhaan yang dicari tersangkut di celah ranting kehidupan kerana hidup penuh dengan dosa dan maksiat, kosong daripada ketaatan.
~ Bicara Sufi ~

Rijal wal Nisa' 12:02 PM

Allah Maha Bijaksana kerana menjadikan makhluk ciptaan-Nya berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan dan sebagainya. Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah seperti kejadian manusia.

Allah menjadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal manakala lelaki pula 1/10 malu dan 9/10 akal. Atas kelebihan inilah Allah menjadikan kaum lelaki penjaga kepada kaum wanita sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang membawa maksud “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki, manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman.

Begitu juga dalam apa juga masalah, Allah menyamakan dua orang wanita dengan seorang lelaki dan ini dapat dilihat dalam hal yang berkait rapat dengan hal saksi dan penyaksian. Biarpun dikatakan wanita kurang berakal namun wanita kaya dengan sifat malu kerana tanpa sifat ini tentu dapat dibayangkan bagaimana keadaan dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia tentu akan jadi tunggang terbalik.

Kebejatan 9:23 AM

Tidak tahu mengapa. Tiap kali ana ternampak atau terdengar sesuatu berkenaan ikhtilat lelaki dan perempuan, aurat atau keadaan semasa negara, pasti lidah ini dengan cepat melafazkan perkataan ‘kebejatan’. Kebejatan, kata dasarnya ialah bejat. What is the meaning of ‘bejat’? Bejat = rosak. Yes, this is the meaning of that word. Kebejatan sosial, kebejatan akhlak dan kebejatan pemikiran. Astaghfirullahal azim. Bukankah sepatutnya tasbih ini yang patut diucapkan lantaran senario yang berlaku.

Hati ini cukup resah memikirkan saudara seagama yang tersasar dari jalan yang benar. Pakaian yang tidak menutup aurat, akhlak yang tidak menggambarkan agama si penganutnya, dan kata-kata buruk yang terucap dari lisannya. Sedih yang turut terpalit di hati ini sentiasa ada tatkala melintasi keadaan yang tidak sepatutnya wujud sekiranya perintah agama Islam yang syumul dipatuhi oleh semua yang mengucap dua kalimah syahadah. Di mana pengakuan sebagai seorang Islam itu; sami’na wa ato’na (kami dengar dan kami taat)?

Teringat ana pada cerita seorang senior yang merupakan salah seorang daripada pelajar yang ke Acheh untuk program Sinar D Acheh. Dia yang telah ke sana dahulu sewaktu program yang sama menceritakan bahawa kapal yang hampir sebesar blok ana di Kolej Kediaman Perwira telah menghempap sebuah rumah yang letaknya 2 km daripada laut. Menurut cerita penduduk tempatan, rumah yang dihempap itu adalah rumah orang kaya, dan tiada langsung kesan rumah tersebut selepas kejadian tsunami 26 Dis 2006 itu. Kun fayakun; jadilah! Maka jadilah sesuatu itu. Kita sebagai orang biasa sepatutnya mengambil iktibar atas semua kejadian yang berlaku kerana setiap kejadian ini mempunyai petunjuk daripada Allah.

Dan Dia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda (kekuasaanNya); maka tanda-tanda (kekuasaan) Allah yang manakah yang kamu ingkari?”, Surah al-Mu’min ayat 81.

Maka apakah mereka tiada mengadakan perjalanan di muka bumi lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Adalah orang-orang yang sebelum mereka itu lebih hebat kekuatannya dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.”, Surah al-Mu’min ayat 82.

Selain daripada apa yang telah ana coretkan ini, kata-kata dan tingkah laku pemimpin yang tidak menunjukkan nilai Islam yang sebenar turut termasuk dalam ‘list kebejatan’ ini. Mengapa susah dan sukar mengamalkan ajaran yang diturunkan dalam al-Quran sejak lebih 1400 tahun dahulu? Mendengar sestengah berita pun cukup membuatkan jelak dan sakit hati. Betapa sukarnya mereka memahami perintah dan maksud setiap larangan dan tegahan dalam Islam. Contohnya, isu yoga yang telah difatwakan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram. Sudah dinyatakan dengan jelas, terang lagi bersuluh tiga peringkat yoga yang boleh memesongkan akidah dan membawa syirik kepada Allah. Kalau pemerintah sendiri tidak memahami setiap makna dan maksud, bagaimana pula bagi rakyat yang sudah terkeliru? Astaghfirullahal azim, kebejatan ini cukup menakutkan!

Ya Allah, lindungilah kami semua daripada bala bencana dan azab api nerakaMu. Kurniakanlah kami hati-hati yang merindukan keamanan dan ketenangan dalam kehidupan berlandaskan Islam. Bantulah kami menghadapi hamba-hambaMu yang enggan menerima jalan Islam yang benar, dan berikanlah kami kekuatan, ketabahan serta kesabaran. Innallahama’ana.