MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
Kisah Genius | 11:53 PM |
Filed under:
Muhasabah Diri
|
Setelah sekian lama, dapat juga ana membuka dan membelek, mengambil isi pengajaran dan ilmu daripada web kegemaran, Saifulislam.Com. Bukan atas dasar kesibukan atau ketiadaan masa untuk membuka web ini, namun atas dasar laman kegemaran ini tidak boleh diakses di sekolah tempat ana praktikal baru-baru ini. Pelik, hairan bin ajaib.
Hmm..tersentuh ana membaca coretan Ustaz Hasrizal tentang 'Sukarnya Menjadi Genius'. Teringat ana sewaktu menjalankan satu program pada semester lepas. Seseorang dalam kumpulan ana telah berjaya membuat ana merasa tercabar. Tahu kenapa? Rentetan cerita bermula...
Library UTHM telah menjemput adik Adi Putra untuk beberapa sesi talk bersama mahasiswa mahasiswi pada tahun lepas. Ana dan sahabat berpeluang pergi mendengar dan menyaksikan sendiri kepetahannya berbicara. Sungguh, di hati ini mendoakan kesejahteraannya, semoga adik Adi Putra terpelihara, berjaya menghadapi segala ujian yang mendatang, atas kelebihannya yang tidak semua orang ada. Genius, pintar dan bijak.
Namun begitu, seseorang yang ana kenali dalam suatu program telah menyamakan adik Adi Putra dengan Suffiyah (kebetulan program tersebut berlangsung tatkala negara heboh dengan cerita Suffiyah). Kata-katanya yang cukup tajam benar-benar membuat ana berasa geram. Bukankah sepatutnya kita sebagai seorang Islam sepatutnya mendoakan kesejahteraan saudara seagama kita. Tidakkah dia terfikir, sekiranya orang yang dikritik sedemikian rupa adalah ahli keluarganya, apakah perasaannya dikatakan begitu? Tidak adakah sekelumit perasaan sayang dan kasih pada adik Adi Putra yang mendapat kelebihan begitu?
Semoga kata-kata Ustaz Hasrizal pada ayat terakhir coretan tersebut turut didoakan oleh muslimin dan muslimat di Malaysia khususnya. Amin...
"Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)." Surah al-Baqarah ayat 269.
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." Surah Huud ayat 112.
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com
0 Comments:
Post a Comment