MujahadahWahai muslimah, dirimu ibarat kuntum penyeri. Sang suria pagi. Kudupnya mekar meniti hari. Mewangi bak haruman syurgawi. Usah biarkan wajahmu dipalit luka, lantaran iman tatkala leka. Taqwamu menjadi benteng diri. Angkatlah martabatmu ke puncak tertinggi. Faqir Ilallah
Lifelong Learning1986 – Kini Pendidikan Mak Abah 1991 – 1992 1993 – 1998 SK Batu Rakit 1999 – 2001 SMKA Batu Rakit 2002 – 2003 SMT Wakaf Tembusu 2004 – 2005 Kolej Matrikulasi Pahang 2005 – 2009 Uni Tun Hussein Onn Malaysia Ad-DinFavourite Blog List
Talk & SpeakAl-HiwarPelawat Pelayar |
Asma ul-HusnaDemi MasaHari IniKalendarHabib AlbiNikmat AllahSahabatUkhwahSahabat Iqra'Islam InsideKnowledge SeekerFollowersFacebook BadgeLabels
|
~ 21 Ramadhan ~ | 5:41 PM |
Comments (0)
Filed under:
Me Myself
|
Hari ini ada program Bengkel Sukarelawan Sinar D Acheh 2008. Kami kena cari sumbangan dan tajaan untuk program ini daripada syarikat-syarikat dan orang perseorangan. Alhamdulillah, pengalaman yang ada sebelum ini dalam mempromosikan sesuatu program @ mencari peserta luar bagi program yang dianjurkan menyebabkan ana berasa lega walaupun kemungkinan pelbagai kerenah dan persepsi manusia bakal dihadapi. Selain mempersiapkan persediaan yang sedia ada, persediaan mental perlu seiring agar dapat menghadapi apa jua kemungkinan. 'Bersatu dan Berusaha dalam Merealisasikan Sinar Kehidupan', motto kumpulan kecil kami. Apapun, esok akan bermula dengan satu tujuan, mencapahkan beberapa misi yang ingin dicapai!
~ Hari Ini ~ | 7:20 AM |
Filed under:
Me Myself
|
"Di kala engkau letih dan hilang rasa semangat, percayalah bahawa Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upaya. Apabila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan, percayalah Allah mengira setiap satu dari titisan air matamu itu. Tatkala engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ingatlah bahawa Allah sentiasa di sisimu. Saat engkau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu arah tujuan, yakinlah bahawa Allah ada jalan penyelesaiannya. Apabila tiada sesuatu yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, maka Allah adalah jawapannya.."
Semalam | 6:49 AM |
Filed under:
Me Myself
|
~ Sahabat ~ | 9:05 AM |
Filed under:
Muhasabah Diri
|
Nuzul al-Quran | 12:31 AM |
Filed under:
Tazkirah Diri
|
- Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
- Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.
- 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
- ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An’am:38) - Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
- Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)
12 Ramadhan 1429H | 7:14 AM |
Filed under:
Me Myself
|
~ Salam Ukhwah ~ | 8:12 AM |
Filed under:
Me Myself
|
~Tautan Hati Sahabat~ | 9:50 AM |
Filed under:
Me Myself
|
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara...
Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu kau takkan ku lupa…
Oh..Perjalanan kita masih jauh
Jalan nan berliku bakal kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam
Jadi azimat penguat semangat
Menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu...
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanku tetap engkau temanku
Riangnya saat kita bersama
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Angannya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama…
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita
Yang dibina…
Ya Tuhanku, tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu
Agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat…
© 2008 .: MUJAHADAH MUSLIMAH :.
Design by Templates4all
Converted to Blogger Template by BloggerTricks.com